Tuesday 10 March 2009

Murai.com - Tiara Jacquelina sah Pengetua AF7

Murai

9-Mar-2009
| Oleh: Ellyna Ali

Tiara Jacquelina Sah Pengetua AF7




Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 9 MAC 2008: Transformasi telah bermula. Program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 7 (AF7), mencetuskan transformasi dan kejutan apabila melantik pelakon, penyanyi serta produser Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua bagi musim ini.


Pengumuman ini dibuat oleh Astro di Jalan Dungun, Damansara, malam tadi menerusi program Diari AF7.


Perubahan itu menonjolkan satu kelainan drastik kerana sepanjang penerbitan AF, belum pernah pengetua wanita dilantik untuk mengemudikannya. Ia turut mengakhiri spekulasi siapa pengetua AF7 selama ini selepas tenaga pengajar dan barisan pelajarnya diumumkan lebih awal.

Pengetua AF musim terdahulu adalah Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip dan Roslan Aziz. Pemilihan Tiara turut menepis desas-desus bahawa Dato' Sheila Majid dan Anita Sarawak akan duduk di kerusi pengetua musim ini.


Di kalangan peminat hiburan, Tiara dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM). Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee dengan jayanya.


Tiara yang baru kembali dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah selepas selesai PGLM musim ke-3 ternyata gembira dengan perlantikan itu dan berazam membimbing pelajar AF7 ke tahap cemerlang. Antara artis terkenal yang pernah digilap oleh Tiara di bawah agensinya Kit Kat Klub adalah Sofia Jane, Aida Rahim, Maria Farida dan Jay KOOL.


Tiara juga pernah merakamkan single Asmaradana ketika filem PGL ditayangkan. Hujung tahun lalu, Tiara melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Tasmania, Australia dalam bidang seni persembahan dan vokal.


Dalam Diari AF pertama yang ke udara hari ini, Tiara tampil memperkenalkan diri beliau dan membuat sesi suai kenal dengan kesemua 14 pelajar. Tiara juga memberikan taklimat kepada semua pelajar tentang misi serta perjuangan mereka dalam AF7 dan mahu AF7 menjadi program yang realiti terbaik dalam sejarah penganjurannya.

1 comment:

Queen said...

Congratulations Datin Seri Tiara. As a woman, I am really proud of you.

You will be a very great principal!