Showing posts with label kit kat klub. Show all posts
Showing posts with label kit kat klub. Show all posts

Sunday, 6 December 2009

"2010 tahun sibuk buat Tiara" by Shazryn Faizal

Utusan Online
ARKIB : 02/12/2009

2010 tahun sibuk buat Tiara


TIARA Jacquelina masih lagi menyimpan hasrat untuk menerbitkan filem selepas Puteri Gunung Ledang.


HANYA tinggal beberapa minggu sahaja lagi tahun 2010 akan membuka tirainya tetapi Datin Seri Tiara Jacquelina sudah mempunyai banyak perancangan sepanjang tahun depan.

Mengenali wanita berhati waja ini, beliau sememangnya tidak betah duduk diam. Ada sahaja rancangannya yang dilakukan secara diam.

Agenda utama yang sudah tercatat dalam diari seninya adalah The Enfiniti Academy yang bakal memulakan sesi pertamanya menjelang pertengahan tahun depan.

Mungkin terlalu awal jika hendak dibincangkan tetapi jika dihitung, ia hanya tinggal enam bulan sahaja lagi sebelum ia akan direalisasikan.

Disebabkan itu, jadual seni Tiara sentiasa padat demi memastikan institusi yang ditubuhkan hasil cetusan ideanya itu akan berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancangkan.

Jelas Tiara, penubuhan The Enfiniti Academy sudah lama dirancangnya iaitu sebelum dia terlibat dengan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Kebetulan ketika itu, tawaran menjadi pengetua AF7 hadir dulu membuatkan Tiara menangguhkan seketika perancangan tersebut.

Memang besar sungguh harapan dan impian Tiara yang mahu terus memelihara dan memartabatkan seni persembahan di negara ini menerusi penubuhan The Enfiniti Academy.

"Ini memang impian saya sejak dari dulu lagi dan saya sendiri tidak menyangka selepas sekian lama merancang, akhirnya ia bakal menjadi kenyataan tahun depan.

"Buat masa ini, perbincangan di peringkat akhir sedang dilakukan oleh beberapa buah universiti di Australia untuk mereka menilai sukatan pelajaran untuk akademi saya ini.

"Apa yang saya harapkan daripada akademi ini adalah ia mampu melahirkan anak seni yang berbakat dari pelbagai cabang seni dalam memenuhi kekosongan artis berbakat di negara ini," katanya dalam nada bersungguh.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran siri mini Puteri Gunung Ledang (PGL) untuk slot Suatu Ketika terbitan Astro Citra di restorannya, Borneo Rainforest, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Saluran Astro Citra, Sharlyza Alis Sharkawi.

Apa yang pasti, Tiara juga memberitahu, Stephen Rahman-Hughes, Datuk Zahim Al-Bakri dan berkemungkinan besar, Pat Ibrahim akan menjadi tenaga pengajar untuk akademi tersebut.

Selain daripada mereka, tenaga pengajar The Enfiniti Academy juga akan dikendalikan oleh mereka yang cukup berpengalaman dalam bidang seni persembahan dari Australia dan Singapura.

Bakal beroperasi di sebuah lot perniagaan setinggi empat setengah tingkat yang terletak di The Strand, Kota Damansara, untuk pengambilan pertama, Tiara menjelaskan, dia hanya akan mengambil 20 orang pelajar sahaja.

"Sebagai permulaan, biarlah bilangan pelajarnya sedikit agar tenaga pengajar mudah memberikan tumpuan dan fokus kepada pelajar.

"Jika ada rezeki dan akademi ini mendapat sambutan hangat serta permintaan ramai, Insya Allah, kami akan menambahkan lagi pengambilan pelajar," ujar Tiara tentang akademi yang menawarkan pengkhususan di dalam bidang Diploma Muzikal Teater selama dua tahun itu lagi.

Melihatkan perancangan terhadap akademi pertamanya itu, sudah pasti ia akan membabitkan pelaburan yang besar sekali gus menawarkan yuran yang bukan murah harganya.

Sambil tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya itu, apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti sebaik sahaja tamat pengajian selama dua tahun.

Di lokasi yang sama, Tiara turut memberitahu, dia akan membuka cawangan kedua Borneo Rainforest sama waktu dengan pembukaan akademi itu nanti.

Bukan sekadar mahu menumpukan perhatian kepada akademinya sahaja, tetapi Tiara juga akan kembali bergiat aktif sebagai penerbit drama televisyen.

Mungkin ramai yang terlupa, Tiara memiliki sebuah syarikat produksi 10 On 10 Pictures yang ditubuhkannya bersama Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.

Menerusi syarikatnya itu, mereka pernah menerbitkan drama-drama yang cukup berkualiti dan menjadi ikutan ramai terutama Spanar Jaya.

Jelas Tiara, tahun 2010 juga akan menyaksikan kemunculan semula Spanar Jaya dengan diberi nafas baru dan masih mengekalkan pelakon lama serta baru selain drama-drama baru.

Enggan mendedahkan siapakah pelakon lama dan baru yang akan menerajui sitkom kegemaran ramai itu, Tiara hanya mampu mengatakan ia akan memberikan kepuasan kepada peminat setia rancangan itu selain mengumpul peminat baru.

Spanar Jaya yang pernah ditayangkan di saluran ntv7 satu ketika dulu menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zaibo, Wardina, Ahmad Idham, Opie Zami, mendiang Rambo Chin, Ramasundram, Radhi Khalid, Bob Azrai dan ramai lagi.

Selain itu juga, Tiara dengan penuh teruja memberitahu, rancangan Kit Kat Club Show akan diwujudkan kembali tetapi bukan di televisyen seperti mana yang pernah ditayangkan satu ketika dulu.

Sebaliknya, kali ini ia akan dipersembahkan di pentas-pentas kecil dengan persembahan ala-ala kabaret.

"Apa yang pasti, bukan saya yang akan menerajui rancangan itu tetapi orang lain. Cukuplah saya hanya sekadar memerhati dari belakang tabir sahaja," katanya sambil ketawa dan memberitahu Kit Kat Club Show akan dikendalikan oleh sebuah lagi syarikatnya, Kit Kat Club Events.

Cuma kata Tiara, dia hanya akan terlibat dalam persembahan kecil yang diberi nama Mini Jukebox Musical bersama-sama Stephen Rahman, Zahim dan barisan pelakon lain yang pernah membintangi Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dan P. Ramlee the Musical (PRM).

Bukan untuk sebuah persembahan berskala besar, tetapi kata Tiara, persembahan ini adalah untuk memenuhi permintaan syarikat korporat dan persembahan makan malam.

Dikendalikan oleh Kit Kat Club Entertainment, persembahan ini akan menampilkan lagu-lagu popular teater muzikal antarabangsa serta PGLM dan PRM.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Tiara menerusi syarikatnya Enfiniti Productions dengan kerjasama Astro Entertainment kini menguruskan kerjaya seni juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim sejak 17 September lalu.

Kerjasama yang pertama kali diadakan itu akan menentukan hala tuju serta merancang dan merencana seni ketiga-tiga artis tersebut di dalam industri.

Malah, ia juga melibatkan penjenamaan, pemasaran serta pelan kerjaya mereka untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

Ia termasuklah teknik tarian, seni persembahan pentas, lakonan, tata gaya, vokal serta perancangan album, teater, filem dan banyak lagi yang mampu mengukuhkan lagi kedudukan mereka.

Bukan sekadar dalam bidang seni sahaja, Tiara juga menjelaskan, Hafiz, Aril dan Akim juga didedahkan dengan selok-belok dunia perniagaan terutama aspek pengurusan.

"Saya mahu mereka belajar dan tahu sendiri bahawa bisnes seni ini bukanlah satu perkara yang mudah dan apa yang saya harapkan agar mereka dapat buka mata serta minda bahawa betapa pentingnya perancangan dalam setiap gerak geri kita.

"Selepas dua bulan, saya berpuas hati dengan prestasi mereka dan bukan berpuas hati sepenuhnya kerana mereka mempunyai masa yang lama dan panjang untuk mengekalkan kedudukan mereka," kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 menerusi filem PGL ini penuh optimis saat membicarakan tentang karier Hafiz, Aril dan Akim.

Menyentuh tentang PGL yang dijadikan siri mini untuk slot Suatu Ketika di Astro Citra itu, Tiara merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengembalikan semula magis filem termahal itu ke layar kaca.

Apatah lagi, filem epik yang sudah jauh berkelana itu juga menyambut ulang tahun kelimanya tahun ini sejak mula ditayangkan di pawagam pada tahun 2004.

Ditayangkan bermula hari ini (2 Disember), ia dibahagikan kepada empat bahagian setiap minggu dan menariknya, filem arahan Saw Teong Hin itu turut menyelitkan lebih kurang lima adegan yang belum pernah ditayangkan di mana-mana sebelum ini termasuk filemnya.

Ini termasuklah adegan sewaktu Tun Teja (lakonan Sofia Jane) dilarikan Hang Tuah (M. Nasir) serta pertemuan dramatik antara Hang Tuah dan Hang Jebat (Shaharudin Thamby).

"Apabila Astro Citra datang kepada saya mengusulkan perkara ini, saya fikir apa salahnya untuk saya menayangkan kembali PGL kepada masyarakat. Kata orang untuk menyegarkan ingatan.

"Untuk itu, kami menggunakan khidmat penyunting filem asal PGL iaitu Kate James untuk memasukkan adegan-adegan ini ke dalam filem asal sebelum disunting dan dibahagikan kepada empat siri," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-12 menerusi filem Ringgit Kasorrga ini lagi.

Tiara juga memuji memuji usaha Astro yang menyediakan platform untuk karyawan seni tempatan menonjolkan kreativiti masing-masing menerusi slot Suatu Ketika.

Malah, dia juga memasang impian untuk menerbitkan satu siri mini untuk slot berkenaan seandainya diberi peluang oleh pihak Astro.

Jauh di sudut hati Tiara, selepas lima tahun mengabadikan diri dengan PGL, dia tetap mahu menerbitkan sebuah filem dari genre epik.

Thursday, 22 October 2009

Liza Minelli, who inspired the birth of the Kit Kat Klub



You cannot possibly know how I feel tonight. Not unless you, like me, know Liza Minelli, grew up watching her in films like “Cabaret” and memorized all her songs and moves.

I probably never got to talk about this in any interview, but the truth is, Liza was a living legend to me, as a kid growing up in a family of party performers, a kid dreaming of hitting the big lights someday. I knew songs like New York, New York, Hey Big Spender and Cabaret from singing along with my very vivacious aunts and uncles at our many Eu family gatherings. People in our family would get up and sing at the drop of a hat, nobody needed any coaxing or cajoling, in fact you could never tear Uncle Ralph or Auntie Cath away from the microphone, same thing goes for cousin Julie and Uncle Les. And all the Eu children and grandchildren grew up singing Goodnight Irene, Danny Boy, Autumn Leaves, Speedy Gonzales and every single Elvis song on the planet. My uncle Ralph WAS the Malaysian Elvis Presley, for goodness sakes.
Aaaaanyway. Fast forward to early 1990s when I was first struck by Minelli magic in a video of the film Cabaret. I was so mesmerized by Liza’s captivating energy and the way she would draw an audience in with her animatics and her emotion, I watched the film over and over again, maybe 100 times.

I fantasized about someday playing the role of Sally Bowles and performing wit the same kind of zest and confidence, commanding an audience, making them laugh and cry.
I called Pat Ibrahim one day, and told him I wanted to put on a show, a revue, like the show in the film Cabaret. I even named the show The Kit Kat Klub show, inspired by the name of the club the girls sang and danced at, in the film.
We got some of our best looking talent in our book Jacquie Eu Productions, showed them the video of Cabaret, and asked them who was game. Nasha Aziz, Maria Faridah, Sofia Jane, Shada Hamid, Aida Rahim, Yvonne Gabriel were amongst the first to sign on. Gruelling rehearsals followed, and the Kit Kat Klub Show was born.

The Kit Kat Klub Show was the most well-known stage act in KL, performing at annual dinners, the top clubs, product launches and we even landed a 6 month contract performing nightly at Copperfields’ at the Pan Pacific.

The Copperfields’ show was where the show evolved into more of a song, dance and comedy revue, with the inclusion of a stand-up comic/show host and a guest singer or 2, sometimes even a magician, besides the dancers who were also part of the comic skits.

That was our very first taste of stage management and stage production. It’s been a series of ups and downs along the way, getting conned sometimes by unscrupulous partners, not getting paid for performing, shady agents who disappear after an event, but we also made a name for ourselves on TV, being TV3’s favourite feature act for the Juara Lagu and Sinaran finals year after year.

Anyway. We’ve come a long way since then, and the journey has mostly been a fun and adventurous one. The point of this long story as to share with everyone, how IT ALL BEGAN WITH LIZA. That’s Liza with a Z, of course.