Wednesday 22 April 2009

Week 7 at Akademi Fantasia

Hi, kita bertemu kembali minggu ni… thanks kepada anda semua kerana sudi melawat blog ini dan terimakasih juga atas semua komen2 dan pendapat anda. Minggu lepas sewaktu PC selepas konsert, saya terasa mungkin masanya sesuai untuk saya jelaskan untuk pengetahuan semua mengenai beberapa perkara seperti proses pemilihan tema mingguan, penetapan lagu dan juga pakaian mana untuk siapa/pelajar mana, yang saya akan share dengan anda semua.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk yang kami hadapi setiap minggu, takkan sempat juga pihak produksi Astro untuk memenuhi kehendak dan permintaan semua pihak terutama daripada pihak media, bloggers serta komen komen dalam forum, kerana terlalu banyak dan berbeza pendapat!

Sekarang ni pun, banyak proses yang perlu dilalui sebelum senarai lagu tu diserahkan kepada fakulti untuk diberikan kepada para pelajar sebagai cabaran sesuatu minggu itu. Proses itu melibatkan kebenaran dari pemilik hak lagu, yang kadang kadang mengambil masa. Bekerja dibawah naungan produksi yang besar seperti Astro, banyak pula peringkat yang perlu dilalui sebelum senarai lagu pilihan itu dipersetujui, Dan diperingkat akhir sekali baru tiba di tangan fakulti, jadi kalau kami di pihak fakulti mahu bangkang pun cuma kalau sempat, dan kalau kebetulan ada masa, barulah kami di fakulti sempat memberi pandangan kami tentang lagu yang dipilih. Tapi pada kebiasaannya, masa dah suntuk. Dan kalau ada yang kami bangkang dan minta ditukar, lagu itu perlu lalui “the whole long process again” dan sememangnya tidak akan sempat.

Yang paling sibuk setiap kali terima senarai lagu tugasan adalah Acis yang perlu menggubah semula kesemua lagu tugasan untuk minggu itu. Setiap lagu perlu masa untuk di-arrange/disusun semula, disamping itu Acis perlu ada di Akademi untuk persembahan pelajar setiap hari Khamis, kemudian berkejar dari sana ke dewan Bukit Jalil untnk sound check konsert, dan sepanjang Jumaat dan Sabtu sudah tentu Acis perlu berada diBukit Jalil. Hari ahad barulah ada masa untuk bekerja siang malam untuk susun lagu tugasan supaya dapat diserahkan keesokan harinya.

Begitu juga dengan soal pakaian setiap kali konsert. There’s a line that stops somewhere between Principal’s jurisdiction on how the students should look or what they should wear and what the concert stylist and head of wardrobe of Astro thinks is best for the show. Namun begitu saya rasa secara amnya, pelajar AF musim ini Berjaya di-style lebih muda dan trendy berbanding AF musim2 yang lalu, so I have to hold my own comments.
Saya pun memahami proses mencari baju setiap minggu yang wardrobe department lalui, hampir sama seperti timeline kami di fakulti juga. Terima lst lagu hari Isnin, dan dalam masa 4 hari hinggalah ke hari full dress rehearsals, berlari lah seantero KL mencari baju bersesuaian. Kalau dah bertemu baju sesuai, proses menulis surat minta kebenaran dari pihak Astro kepada butik2 berkenaan dan proses konfirmasi pula dah tentu mengambil masa beberapa hari. Sudah tu bukan semua brand label boutiques yang sanggup meminjamkan bajunya. Bayangkan kalau ada terkoyak sikit ke, tercalar ke, kesan seterika ke, tak berbaloi fee Stylist untuk menggantinya! Orang yang berikan komen kadang-kadang merasa lebih berhak beri pandangan tentang style dan fashion sense daripada seorang professional Stylist, tapi saya fahamlah AF ni public domain, everyone has an opinion!

Memang lah citarasa dari manusia ke manusia berbeza sekali, kalau asyik dengar kata orang ini orang itu, dalam forum ini nakkan yang lebih sofistikated, yang satu lagi cadangkan supaya lebih kearah keagamaan, satu lagi bertanyakan mana transformasinya, sama je macam wardrobe musim dulu, akhirnya kesini pun tak, kesama oun tak dan yang paling tak berpuas hati tu si Stylist sendiri.

Sebagai orang kreatif saya amat memahami bahwa seorang Stylist atau ketua bahagian wardrobe seharusnya ikut hata hati sendiri terlebih dulu dan bukan kehendak orang lain. Pasal, memang style is not a science but its an art, kita kena try aje put this and that together, see if it works, see if the person wearing it can carry it off! Tidak ada salah atau betulnya kecuali dimata si-pemerhati secara individu.

Saya sendiri pun malas nak mengulas apa-apa pandangan terhadap style atau citarasa saya sendiri. Pada saya, I dress for myself, not for anyone else. Yang paling utama tu saya jujur pada diri sendiri, dan tidak suka bersikap munafik semata-mata kerana nak sedapkan hati orang lain. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan terperangkap mengikut kehendak seluruh dunia tapi munafik pada diri sendiri! Suami saya sukakan style saya, sukakan saya berpakaian cara saya, jadi selain pandangan ibu saya sendiri, jika suami saya suka, nothing else matters.

Anyway! Minggu ini kami membuka lembaran baru lagi di Akademi. Saya baru selesai sessi one-to-one bersama pelajar lelaki tentang pendapat mereka setelah 6 minggu lebih di AF, masalah yang dihadapi dengan syllabus, dan apakah kelemahan yang ,mereka masing-masing ingin cuba kuasai dalam minggu-minggu akan datang.

Mereka membuat mission statement mereka sendiri yang menceritakankan siapa diri mereka di awal AF7, apakah target mereka dan apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai target ini. Saya senyum besar membacanya kerana mereka seperti sudah jauh lebih matang dan hampir professional.

Yazid berazam supaya lebih fokus minggu ini. Saya melukiskan huruf F besar-besar kat tangan dia supaya menjadi peringatan. Dia dah melalui transformasi yang amat dramatik selama 6 minggu lebih, jauh sekali dari juruteknik dari Johor yang pemalu, gemuruh dan gagap yang saya kenali pada hari pertama.

Aril dan Akim begitu serius nak tumpukan setiap detik di Akademi sebagai detik berharga. Aril kata nak buktikan pada pengkritik bahwa vokals dia semakin meningkat dari seminggu ke seminggu. Akim gembira dapat atasi beberapa masalah teknikal vokalnya sejak minggu pertama seperti natural tremeloe-nya, dan ingin menguasai pergerakan pula supaya itu bukan lagi kelemahan dia.

Hafiz mengakui lagu rap Malique adalah tugasnya yang paling berat setakat ini, dan nervous menghadapi lyrik sebanyak dua mukasurat itu. Saya memberitahunya bahwa setiap tugas mingguan yang diberikan kepada pelajar adalah cabaran bagi fakulti juga. Pihak produksi Astro selaku lembaga peperiksaan memberikan exam mingguan kepada Akademi, dan kami di pihak fakulti akan mencuba sedaya upaya untuk membantu pelajar supaya mengatasi “peperiksaan” pada hari Sabtu dengan jayanya. Saya mencari nota-nota reference dan tips on rapping dari internet dan print out untuk Hafiz baca, mudah-mudahan akan membantunya. Lirik lagu yang berjela-jela panjang itu saya besarkan dan fotokopikan untuknya supaya boleh di hafal sehari sedikit, cara ni pernah membantu saya sewaktu kena menghafal lirik2 panjang.

Besok bersama pelajar perempuan pula, dan selepas itu, sessi evaluasi presentation pelajar kepada pihak fakulti sebelum mereka ke venue konsert untuk sound check.
We will all miss Qhaud Sabtu ni, kerana biasanya setiap kali sebelum konsert dialah akan mengetuai doa berkumpulan sebelum konsert bermula. We wish him and all the other ex-students – Adilah, Rini, Obri, Rubisa, Zizi dan Sidi all the best, semoga bertemu lagi di persimpangan perjalanan seni ini.

Sunday 19 April 2009

Dr. Sean Paul's magical smile transformations for Claudia and Aishah!

Looks and a perfect "package" are so important to the success of a star, especially so if you want to make a good first impression and even be NOTICED in the first place. A great smile is almost essential, and having the confidence that you look great and can open your mouth to smile and talk with confidence is such an asset.

I wanted to know what it would be like to be able to help change someone's life forever by getting them a perfect set of teeth. I spoke to my dentist friend Dr. Sean Paul of Livingwell at Starhill. Sean has transformed the smile of our P.Ramlee star Musly Ramlee before this, and I asked him for a huge favor of transforming the smiles of our two girls. Sean, being the sweetheart he is, said yes immediately.

The Astro people were esctatic, of course, as it would be the first ever physical or cosmetic transformation ever done on AF. I'm so happy for the girls. Watch this before and after transformation posted by crystle1987 and videokl on youtube.








Diari AF Week 6, Day One

thanks to crystle1987 for uploading and sharing this video recording of AF7. Gosh I haven't blogged for ages, it's just been so crazy at AF. Anyway, here's one of the episodes from last week.