Wednesday, 22 April 2009

Week 7 at Akademi Fantasia

Hi, kita bertemu kembali minggu ni… thanks kepada anda semua kerana sudi melawat blog ini dan terimakasih juga atas semua komen2 dan pendapat anda. Minggu lepas sewaktu PC selepas konsert, saya terasa mungkin masanya sesuai untuk saya jelaskan untuk pengetahuan semua mengenai beberapa perkara seperti proses pemilihan tema mingguan, penetapan lagu dan juga pakaian mana untuk siapa/pelajar mana, yang saya akan share dengan anda semua.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk yang kami hadapi setiap minggu, takkan sempat juga pihak produksi Astro untuk memenuhi kehendak dan permintaan semua pihak terutama daripada pihak media, bloggers serta komen komen dalam forum, kerana terlalu banyak dan berbeza pendapat!

Sekarang ni pun, banyak proses yang perlu dilalui sebelum senarai lagu tu diserahkan kepada fakulti untuk diberikan kepada para pelajar sebagai cabaran sesuatu minggu itu. Proses itu melibatkan kebenaran dari pemilik hak lagu, yang kadang kadang mengambil masa. Bekerja dibawah naungan produksi yang besar seperti Astro, banyak pula peringkat yang perlu dilalui sebelum senarai lagu pilihan itu dipersetujui, Dan diperingkat akhir sekali baru tiba di tangan fakulti, jadi kalau kami di pihak fakulti mahu bangkang pun cuma kalau sempat, dan kalau kebetulan ada masa, barulah kami di fakulti sempat memberi pandangan kami tentang lagu yang dipilih. Tapi pada kebiasaannya, masa dah suntuk. Dan kalau ada yang kami bangkang dan minta ditukar, lagu itu perlu lalui “the whole long process again” dan sememangnya tidak akan sempat.

Yang paling sibuk setiap kali terima senarai lagu tugasan adalah Acis yang perlu menggubah semula kesemua lagu tugasan untuk minggu itu. Setiap lagu perlu masa untuk di-arrange/disusun semula, disamping itu Acis perlu ada di Akademi untuk persembahan pelajar setiap hari Khamis, kemudian berkejar dari sana ke dewan Bukit Jalil untnk sound check konsert, dan sepanjang Jumaat dan Sabtu sudah tentu Acis perlu berada diBukit Jalil. Hari ahad barulah ada masa untuk bekerja siang malam untuk susun lagu tugasan supaya dapat diserahkan keesokan harinya.

Begitu juga dengan soal pakaian setiap kali konsert. There’s a line that stops somewhere between Principal’s jurisdiction on how the students should look or what they should wear and what the concert stylist and head of wardrobe of Astro thinks is best for the show. Namun begitu saya rasa secara amnya, pelajar AF musim ini Berjaya di-style lebih muda dan trendy berbanding AF musim2 yang lalu, so I have to hold my own comments.
Saya pun memahami proses mencari baju setiap minggu yang wardrobe department lalui, hampir sama seperti timeline kami di fakulti juga. Terima lst lagu hari Isnin, dan dalam masa 4 hari hinggalah ke hari full dress rehearsals, berlari lah seantero KL mencari baju bersesuaian. Kalau dah bertemu baju sesuai, proses menulis surat minta kebenaran dari pihak Astro kepada butik2 berkenaan dan proses konfirmasi pula dah tentu mengambil masa beberapa hari. Sudah tu bukan semua brand label boutiques yang sanggup meminjamkan bajunya. Bayangkan kalau ada terkoyak sikit ke, tercalar ke, kesan seterika ke, tak berbaloi fee Stylist untuk menggantinya! Orang yang berikan komen kadang-kadang merasa lebih berhak beri pandangan tentang style dan fashion sense daripada seorang professional Stylist, tapi saya fahamlah AF ni public domain, everyone has an opinion!

Memang lah citarasa dari manusia ke manusia berbeza sekali, kalau asyik dengar kata orang ini orang itu, dalam forum ini nakkan yang lebih sofistikated, yang satu lagi cadangkan supaya lebih kearah keagamaan, satu lagi bertanyakan mana transformasinya, sama je macam wardrobe musim dulu, akhirnya kesini pun tak, kesama oun tak dan yang paling tak berpuas hati tu si Stylist sendiri.

Sebagai orang kreatif saya amat memahami bahwa seorang Stylist atau ketua bahagian wardrobe seharusnya ikut hata hati sendiri terlebih dulu dan bukan kehendak orang lain. Pasal, memang style is not a science but its an art, kita kena try aje put this and that together, see if it works, see if the person wearing it can carry it off! Tidak ada salah atau betulnya kecuali dimata si-pemerhati secara individu.

Saya sendiri pun malas nak mengulas apa-apa pandangan terhadap style atau citarasa saya sendiri. Pada saya, I dress for myself, not for anyone else. Yang paling utama tu saya jujur pada diri sendiri, dan tidak suka bersikap munafik semata-mata kerana nak sedapkan hati orang lain. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan terperangkap mengikut kehendak seluruh dunia tapi munafik pada diri sendiri! Suami saya sukakan style saya, sukakan saya berpakaian cara saya, jadi selain pandangan ibu saya sendiri, jika suami saya suka, nothing else matters.

Anyway! Minggu ini kami membuka lembaran baru lagi di Akademi. Saya baru selesai sessi one-to-one bersama pelajar lelaki tentang pendapat mereka setelah 6 minggu lebih di AF, masalah yang dihadapi dengan syllabus, dan apakah kelemahan yang ,mereka masing-masing ingin cuba kuasai dalam minggu-minggu akan datang.

Mereka membuat mission statement mereka sendiri yang menceritakankan siapa diri mereka di awal AF7, apakah target mereka dan apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai target ini. Saya senyum besar membacanya kerana mereka seperti sudah jauh lebih matang dan hampir professional.

Yazid berazam supaya lebih fokus minggu ini. Saya melukiskan huruf F besar-besar kat tangan dia supaya menjadi peringatan. Dia dah melalui transformasi yang amat dramatik selama 6 minggu lebih, jauh sekali dari juruteknik dari Johor yang pemalu, gemuruh dan gagap yang saya kenali pada hari pertama.

Aril dan Akim begitu serius nak tumpukan setiap detik di Akademi sebagai detik berharga. Aril kata nak buktikan pada pengkritik bahwa vokals dia semakin meningkat dari seminggu ke seminggu. Akim gembira dapat atasi beberapa masalah teknikal vokalnya sejak minggu pertama seperti natural tremeloe-nya, dan ingin menguasai pergerakan pula supaya itu bukan lagi kelemahan dia.

Hafiz mengakui lagu rap Malique adalah tugasnya yang paling berat setakat ini, dan nervous menghadapi lyrik sebanyak dua mukasurat itu. Saya memberitahunya bahwa setiap tugas mingguan yang diberikan kepada pelajar adalah cabaran bagi fakulti juga. Pihak produksi Astro selaku lembaga peperiksaan memberikan exam mingguan kepada Akademi, dan kami di pihak fakulti akan mencuba sedaya upaya untuk membantu pelajar supaya mengatasi “peperiksaan” pada hari Sabtu dengan jayanya. Saya mencari nota-nota reference dan tips on rapping dari internet dan print out untuk Hafiz baca, mudah-mudahan akan membantunya. Lirik lagu yang berjela-jela panjang itu saya besarkan dan fotokopikan untuknya supaya boleh di hafal sehari sedikit, cara ni pernah membantu saya sewaktu kena menghafal lirik2 panjang.

Besok bersama pelajar perempuan pula, dan selepas itu, sessi evaluasi presentation pelajar kepada pihak fakulti sebelum mereka ke venue konsert untuk sound check.
We will all miss Qhaud Sabtu ni, kerana biasanya setiap kali sebelum konsert dialah akan mengetuai doa berkumpulan sebelum konsert bermula. We wish him and all the other ex-students – Adilah, Rini, Obri, Rubisa, Zizi dan Sidi all the best, semoga bertemu lagi di persimpangan perjalanan seni ini.

15 comments:

ms hart said...

Hi Principal! So much to say, but maybe a virtual ((((hug))) will say more than a thousand words for now! You go, girrrl!!;-)

ahmad syahmi bin kasmun said...

salam..
mggu ni sy cuma berasa kesian utk hafiz yg trpaksa mmbawakn lg rap yg liriknye 2 page..mnyebabkn die mngalami tekanan emosi..difhmkn ada satu bdn/jbtn khas yg mmlih lg untk utk sume students..dr segi pndgn mereka maybe ini adalah ujian utk hafiz bcouse if hafiz brjaya mbwkan lg rap hafiz mngkin akn mnjadi lebih vstyle n rating akn lbh mngkat..
if they're very professional dlm bdg kajian lgu n psikologi mngkn akn lbh brkesan mngkatkn lg rating af..
sy teringat smasa awal mggu af lalu yg menyatakan bahawa pelajar pada musim ini diberikn hak atau peluang utk mmbawa indentiti sendiri..jd renung2knlah kembali..bkn sy nak backup hafiz sgt2..tp ianya juga kepentingan af7 ini sndiri..bila melihat diari hari rabu aritu, af tlh menmpkkan kelemahan sendiri dlm pemilihan lgu..
sebenarnya RAP ini adlah sesuatu yg sgt berbeza dgn lgu2 len..totally different level..rap berkait rapat dgn comunication..rap berasal dari cara org berkomunikasi sblum diktghkan mnjadi salah satu irama bru dlm industri seni suara..
pd pndpt sy jika mggu ini tema rap dibuat adlh lebih baik biar sume mengalami gelombang irama ini..dari sini barulah kita dpt lihat siape yg bleh mnjadi penyanyi vstyle dan org rmai bleh menilai..tidaklah pelajar rsa beban dia seorg shj..jd guru pula trpaksa menumpukn lebih kpd seorg pelajar dan ditakuti mnjdi isu bila plajar lain melihat..jikalau kita mnjdi guru adakah kita akan mnguji atau mbuat ujian utk seorg pelajar shaja?mestilah kesemua pljr bukan..?kita ingin melihat sume pljar berjaya itulah matlamatnye..
jd tema mggu ini....temanya.....mmm..sy xtahu lg..adakah setiap minggu inin sudah dibuat perancangan jauh awal sbelum bermula konsert lg..
sy mohon maaf jikalau tersilap kata ini hnyalh pndngan dr seorg yg mngikuti af musim ini shj yg dpt sy lihat selama mggu ke7 ini..cuma sekadar pndngan..lumrah manusia ble nmpak suatu kelemahan terus di attack brtubi2?tp bukan itu mksud sy..tlong-mnolong adlh lbih baik drpd hnya mnyalahkn shja..hehe
dharap datuk akan lebih bersabar dan cekal dlm mencapai kejayaan tersebut..

Sri Mersing said...

Dear Datin Tiara, I would like to congrate you and the team for making the AF7 'transformasi' a reality! I never missed AF7 every saturdays, not like previous years I didnt mind to miss them especially during M Nasir & Ramli Sarip time.

Last nite we could see unexpected results from the voters. Aril could be one of the top 3 for the final but now we cannot forsee the next saturdays are going to be more colourful without him on stage besides Hafiz and Isma. I am not his fan, I shd put myself as a general viewer to expect something different from the students. (I expected Aisha to leave).

I guess it is not too much if I said tht the main culprit for his fall was MARSHA! you and your team make very big mistake to tag her in. It should not happened this way. You know Malaysians' mentallity - they are always sensitive with all these. furthermore with the video slot showing marsha rubbing Aril's throat. I guess most of his voters will throw the hp on the couch! otherwise one possiblity of his lost was his fans were watching football live!!?? couldnt be...

Another comment I wld like to raise is about Isma's performace. She looked more disturbed after the video shown her husband and children with a new pretty 'maid'. ie Someone is replacing her. That was very sensetive, I am also a mother of five, I am sure how hurt she was that time to see that since being apart from the family for 7 weeks! Try not to have so many videos, all these are having some negative and positive impact to them and us. Come on you can do better than this!

My last comment is the fashion consultant for last nite's attire. Thumbs down! their attire mostly awfull and disgusting! Aishah looked like a clown, hafiz was wearing pink top??? Isma, claudia.. something wrong somewhere... our mind really disturbed by all this funny image. They were great performers on stage (except Aishah) but with all lousy attire really disturb our eyes. Datin I am sure you have a very good taste to 'masuk campur' on the dressing.
Lastly, I am not sure whether you have a final say to bring Aril in? but I dont think you want to repeat what M Nasir and Ramli MS brought back their student in. not this time. Past is past, learn from the mistakes.

All the best to you and your team. Salam.

Mohamad said...

hi, i'm a af fan since af2, i gotta tell u dat the reason of many dissapearing 'star' from af old season was the unique,originality of the star itself. lot of them in af sang lot of songs,showing dat there are versatile, but versatility isn't working after they got out from af. i'm suggesting dat they are more into exploring the song n themself by making the song like their own, with more improvisation n different arrangement. i know dat acis was the one who did all arrangement but maybe student2 can suggest something like more to their soul n acis make it better.dat means, they will be performing with their own style,their soul. most important we shud be seeing not a copy-performance from other singers, but the students itself,their style. if the student sings like the original singers, what is the point of letting them perfom? better give the original singer chance to perform. till yet i follow the concert akim n hafiz did quite improvisation thus making the song like their own.isma n yazid just like a photostat copy. changing style of singing make them be more creative n thus adding more colours to their voice, not only the same voice.ok,thanks. i got more to comment but later maybe, so far good job to u as the principle.song choice challenging both vocal n delivery is a must even dat not under ur authority.

Sri Mersing said...

dear datin tiara, 1st of all i wld like congratulates you and your team for making the big changes in AF7!!! "transformasi" becomes reality! i seldom watching AF especially during m nasir/ramli sarip. but this season i juz to make sure wldn't want to miss any, simply bcoz i believe you can do wonders to your students.

Sri Mersing said...

this is continuation from the earlier comment.

last wk was very unexpected result tht anybody could guess. aril was suppose to be one of the finalist but me myself really shocked with the results. hoping that we can turn back the clock but past is past we hv to look forward and see what exactly the real reasons tht make ppl didnt want to vote him. at least you learn your mistakes. i am not his fan but i put myself as a general viewer juz appreciate the quality and good presentation and performance. if you ask me i expected aishah to leave. sorry to say she doesnt has that quality and personality.

back to aril, i am sure you and yr team already sat down for postmoterm to check what exactly mistake AF team have done? dont you think tht one of the reasons of his losses was marsha??? i am not hating her and this is fact! it was very good performance during his song with her. but shdn't tag her in the diary. furthermore the vt shown her rubbing or applying somthg on aril throat made his fans mad and throw their hphones on the couch!!! big mistake! i am sure you know malaysians' mentality dia org cepat melatah and sensative. so shdn't allow her to disturb aril's voters.

another thg i wld like to comment is isma's performance. she looked disturb, can see immediately after ac mizal shown the vt about her husband having new 'maid' pretty girl with her children. somethg tht she offered herself to replace isma. this was very sensative - i know how she felt then bcoz me too are having five children. of course you feel somethg negative towards that since you left the house for more than 7 wks! tyr to reduce those negative vt those are cara lama AF!

one last comment is about the dressing. thumbs down for last wk students' dressing. aishah looked like a clown, even hafiz with pink top??? and many more... didnt blend with their personality and the song they performed. their attires were disturbed and distracted!

ok datin, hope you accept my positive remarks. i know you can do the best. and this wk more tougher wk for them with the drama and singing. all the best datin and your team!

Hafiz Akademi Fantasia 7 said...

I personally admire your professionalism Datin Seri Principal.
I know you have been working real hard for the academy for the students. I understand the obstacles and challenges that you're going through.
I am not a professional in the entertainment industry, I am just a nobody, an outsider looking in. But I believe I am allowed to express my frustrations and ketidakpuasan especially when I idolise one of your students in AF7, Hafiz.
Thank you for tackling this professionally and do come by the Hafizfc Blog once in a while, ok, Datin Seri?

Sue Rosly said...

My Sis is one of the thousand follower of AF. :D

Nurnadiah Mohd Roby said...

datin seri.....
plz bring back aril into d akademi....
we all miss him so much...
he has da talent!!

Pen_Merah said...

Principal,
salam hujung minggu...
idea AFMASUK tidak wajar wujud. ketidakadilan dan rasa tidak puas hati akan ada di kalangan peserta dan peminat AF7. cth, principal bayangkan jika Adila berjaya menempatkan diri di final nanti. dengan hanya berbekalkan 2 konsert, tak pernah melalui MINGGU MINGGU TEMA AF7 yang mencabar, kelebihan peminat Adila kerana pelaburan yang sedikit suda berjaya membawa Adila masuk ke FINAL (hanya 2 konsert Adila's Fan mengundi) wujudlah suasana persaingan kurang sihat. Oleh itu diharap Principal memikirkan semula AFMASUK. jangan hancurkan AF8 akan datang dengan idea AFMASUK untuk AF7 kerana peminat akan rasa tertipu dengan konsep AFMASUK. Sekian dan terima kasih.

putra7 said...

Salam Principal,, :)
saya adalah meminat teater yang baru!....hanya setelah saya melihat AF7 apabila pelajar diberikan tugasan melakukan adengan dari PGLTM & PRTM memang hebat!!!!..dimanakah boleh saya dapatkan DVD atau cd's teater tersebut...Terima kasih principal kerana telah membuka mata dan telinga saya yang teater memang luarbiasa hebat...saya doakan semoga principal sentiasa sihat dan dimurahkan lagi rezeki agar dapat kiraanya diadakan lagi PGLTM & PRTM lagi....amin

Sue Rosly said...

Just want to wish AF7 Principal "HAPPY MOTHER'S DAY" in advance. :D

Pete said...

Sometimes I wonder, what's the point of the show? Spending serious money to get your favourite singer to win, then when they get the lowest votes the fans get blamed with '.. undi anda yang menentukan'. I wish the hosts would stop saying that, because there can be only 1 winner and someone gets kicked out every week anyway. And why do these contestants, when they graduate, they gat tagged with 'AF' to their name.. like 'Ali AF' or 'Aminah AF'? Yes, we know they were on the show, but can't they be their own artiste? If you look at former American Idols like Kelly Clarkson, Chris Daughtry and Carrie Underwood, you'll see that they have their own real identity without being tied down to the show they were in. As a professional artiste yourself, you know exactly what I mean.

My Darling Diary said...

Tahniah TJ, U have done a great job. Applaud to you and the rest of your team mates in AF.

We can see the transformation especially towards Aril and Akim.

Hafiz also has given some color in his performance and Isma is still being her. Yazid needs to work hard.

Good luck to all the finalist. My love to AF7.

This is their last shot to perform in concert and those that lead in Final.. that is the one should be crowned as a Champ.
Consistency in every concert doesn't mean that you are good enough. What we wants to see is a transformation of that particular student.

If he/she can perform an excellent performance in Final... that is our Champ.

osh said...

sorry Datin Seri, you have posted about Kota Warisan in 2007. and i would like to know the update. thank you....