Monday 28 April 2008

Keterujaan Tiara Jacquelina terhadap P.Ramlee



Mingguan Malaysia gave us a nice full page yesterday. arrrrrgggggghhhhh! pre-show jitters are really setting in right now. its partyly the excitement and jitters about taking a show to singapore again, and meeting the fans who really gave us such a rousing welcome when we took PGLM there in December 2006. and i know its just going to get worse come 12th may when we tread the boards of the esplanade again. fingers and toes are tightly crossed...

Keterujaan Tiara Jacquelina terhadap P. Ramlee

Oleh WANDA IDRIS

Sean Ghazi dan Siti Nurhaliza tidak terlibat dalam pementasan kali ini.

TERUJA dan terus bersemangat. Itu perasaan yang dirasai Datin Seri Tiara Jacquelina dalam usaha untuk membawa sekali lagi naskhah P. Ramlee kesayangannya ke pentas teater.

Apalagi pementasan kali ini yang dilangsungkan di Istana Budaya bermula pada 28 Mei menjadi antara detik dan usaha untuk memperingati pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 1973.

Justeru, pasti sahaja hanya satu impian yang ingin direalisasikan oleh seorang penerbit berhati waja ini dalam memberi hanya yang terbaik kepada khalayak sebagai tanda penghargaannya buat seorang Seniman Agung.

"Memang semangat menjayakan pementasan kedua kali ini lain macam sikit. Selain sebagai tanda penghormatan kepada beliau, pemergian naskhah ini ke Singapura juga mengundang satu kebanggaan," kata Tiara.

Kembali ke Jalan Ampas dengan membawa bendera negara, P. Ramlee akan bertamu di pentas bertaraf dunia di Esplanade Theatre, Singapura bermula 17 Mei sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk menyingkap kisah sebenar ikon dunia seni tempatan, bermula tahun 1948 sehinggalah akhir hayat P. Ramlee pada 1973.

Menyingkap jalur-jalur kehidupan seni pemilik nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh serta kecintaannya kepada wanita-wanita yang pernah mengisi kehidupannya, pementasan kali ini diterajui oleh Adlin Aman Ramlie sebagai pengarah serta Zahim Al-Bakri yang bertindak sebagai pengarah bersekutu.

"Matlamat kami mencipta sesuatu untuk semua dan kepada semua yang menyayangi P. Ramlee," kata Tiara lagi.

Menjanjikan persembahan yang lebih mantap dalam pelbagai sudut termasuk skrip, persembahan dan teknikal, P.Ramlee The Musical...The Life, The Loves & The Inspiration juga menyaksikan kemunculan beberapa 'orang baru'.

Musly Ramlee dan Emelda Rosmila diangkat menjadi sebahagian keluarga pementasan P. Ramlee kali ini dengan masing-masing mendukung watak P. Ramlee dan kekasihnya, Azizah yang sebelum ini dijayakan oleh Sean Ghazi dan Datuk Siti Nurhaliza.

"Sebagai penerbit, saya seronok dengan keterujaan untuk menyaksikan perubahan dinamik dalam pementasan teater seperti ini.

"Saya juga gemar meneroka bakat-bakat baru serta tenaga segar dalam memenuhi perkembangan industri kesenian kita.

"Salah satu peranannya adalah memberi peluang kepada mereka yang berpotensi yang mempunyai impian kerana saya juga bermula dengan satu impian.

"Emelda memang seorang yang berbakat. Dia pelakon dan boleh menyanyi. Musly pula bagi saya sememangnya jelmaan P. Ramlee. Wajahnya, senyumannya, suaranya malah lenggok gayanya juga bak legenda kesayangan kita itu.

"Pasti ramai yang akan tergamam melihatnya di pentas nanti. Kerana saya sendiri begitu merasainya dan dia bagi saya adalah pilihan terbaik untuk muzikal ini," kata Tiara dalam keterujaannya memperkenalkan bintang baru dalam pembikinan itu.

Biar diberi masa hanya enam minggu untuk berlatih dan mendalami watak, kata Tiara, Musly yang sememangnya meminati P. Ramlee, menjayakannya tanpa banyak kerenah malah begitu komited mentransformasikan dirinya menjadi P. Ramlee.

Justeru, kata Tiara, dia percaya, kehadiran Musly pada pementasan itu mampu memberi impak terbaik sekali gus menjadi penanda aras kepada pengukuhan kedudukannya sebagai seorang bintang teater.

Masih mengekalkan Liza Hanim sebagai Saloma, Melissa Saila (Norizan) dan Atilia (Junaidah), pementasan terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. itu turut menyaksikan kelainan dari segi muziknya kerana kali ini, Roslan Aziz bakal menggantikan Erwin Gutawa sebagai pengarah muziknya.

"Banyak kelainan yang ditonjolkan. Orang kata lain tukang masak, lain pula rasanya. Dan di tangan Adlin, pengolahannya juga berbeza. Dapat pula bekerjasama semula dengan Roslan Aziz yang juga merupakan peminat setia P. Ramlee, pasti akan memberi impak tersendiri.

"Apalagi pementasan kali ini, kami menerapkan lebih banyak jiwa dan kehadiran Seniman Agung itu menerusi lagu-lagunya. Dengan penampilan dan gaya dan lenggok suara Musly yang seakan-akan P. Ramlee membuatkan Roslan lebih bersemangat untuk menambah lebih banyak lagu," kata Tiara.

Dia juga memberitahu, terdapat beberapa bahagian jalan cerita yang disunting semula dengan ada sebahagiannya ditambah manakala sebahagian yang lain pula dibuang.

"Apa yang boleh saya katakan, persembahan kali ini lebih padat dan mampat dengan iringan muzik dan lagu yang lebih daripada kelaziman.

"Kepada yang sudah menonton persembahan pertama pasti akan dapat merasai kelainan kali ini. Saya sendiri yang tengok latihannya lebih 20 kali tetap terasa perbezaannya.

"Apalagi, bila kita membuat perubahan pelakon, tentu semangat dan tenaganya juga akan berubah dan lebih dinamik. Misalnya watak-watak Norizan dan Saloma yang nampak sekali berlainan pembawakannya apabila watak P. Ramlee dipegang oleh Musly.

"Kemunculan Musly bersama Liza sebagai P. Ramlee dan Saloma paling membuatkan bulu roma saya berdiri," kata Tiara terhadap keserasian Musly dengan wataknya bersama-sama wanita-wanita kesayangan P. Ramlee.

Pesan Tiara lagi: "Saya tidak sabar menanti reaksi khalayak terhadap pementasan kali ini. Dan kepada orang ramai, buatlah tempahan awal kerana bukan selalu kami dapat menyajikan kepada anda pementasan seperti ini kerana kos yang tinggi."

8 comments:

Norabella said...

Salam Datin Sri,

Saya dah beli tiket untuk 1st show pada 17/5 kat Esplanade. Mmg dah lama menanti kehadiran semua. Kami di Spura begitu teruja sekali!

Tetapi..kita masih menanti reruns of PGLM. Dah tengok 2 kali pun tak puas!..

Sengal Ubi said...

assalammualaikum datin seri tiara...

i'm sure u must be busy now making last minute preparation for the p. ramlee musical theater. just want to wish u all the best for the staging. hope everything goes well under planning. i'm sure without sean ghazi and dato' siti nurhaliza in the casting, it will make changes but hopefully it will turn out positively.

i was wondering when are u planning to stage the next puteri gunung ledang the musical theater? i missed the one u did in istana budaya and i was hoping for another chance. will that be possible.

and ur performance in aim 2005 was superb. not many did what u did and i would say it's the best performance in aim so far. well done!

lastly, i'm thinking on staging puteri gunung ledang the musical in my university. just had the idea but don't know how will it go. i'm trying to gain ideas by watching the film but it seems to be too fantastic. care to share ideas and knowledge with me and my friends?

that's all. good luck and all the best with ur upcoming production. u have my support...

amiruddin fadzli
=]

Mohd Naim said...

Saya dah tengok tahun lepas...tak sabar nak tengok yang terbaru nie..harap2 my student card is still valid..hehehe!!

MW said...

Hi there! I'm a Singaporean and I just watched the musical at the Esplanade! And I must say, this is one of the most entertaining musical I've seen in years! Love the train! And the big ensemble numbers. I hope you can cut an Original Cast Recording Cd. I wanna listen to the songs again! Please babe! Once again, congrats to you and your crews for such a magnificent masterpiece and for winning the awards in the recent BOH Cameronian Arts Awards.

Mme RoSsé said...

dear tiara,
i loved every moments watching pramlee the musical at esplanaed.
you have a team of great talents.
cheers.

wanhaddadsalleh said...

I guess the jitters all over now! so good luck with the second season in KL! Didnt get to see you in singapore...sobs.

Diro said...

hey tiara,
OMG, i watched the P.ramlee musical last night and it was awesome. Really, my mum and i were at the first 5 rows and we kept turning to each other and saying that it was fabulous. When Musly ramlee sang, it felt like it WAS the real P ramlee singing to us all. And Liza Hanim was stunning as Saloma. The rest of the cast were excellent as well.
I could go on and on but i just wanna say thanks and congrats to the whole team. Somehow, terasa sebak jugak bile terfikir if only P ramlee was still alive to see all this. But i think, P ramlee will never die as a part of him is in all of us. Congrats again and do bring this musical back to singapore some day.

And all the best for your new projects. As what the koreans love to say, 'Fighting!' ;)

regards
Di_singapore

What do u wanna know?? Bug Off!! said...

CONGRATULATIONS!!! I watched your P. Ramlee the Musical on the first day and it was fantastic!!! LOVED IT!! In fact I am looking forward to more of your productions! All ppl involved were good. They can really sing! I wish to be a part of your musical!! LOL...cos I love to sing...do keep us informed on your upcoming musicals yeah!