Sunday, 30 December 2007

metro ahad's top 10 for 2007

i received an sms from abie, the editor of metro ahad, saying i shouldnt miss buying metro today - unfortunately i cant get my hands on a physical copy of course but tks to digital technology guess what i found online, yay...

METRO AHAD
Top 10 2007

Oleh ABIE ABDULLAH
Rap
ESOK hari terakhir untuk 2007. Pelbagai cerita manusia terakam sepanjang tahun ini yang kini berada di dalam lipatan sejarah. Baik yang mencapai cita-cita atau yang masih tercari-cari arah, hari-hari 2007 mengisi kenangan dan pengalaman itu.

Tiara pilihan utama

ESOK hari terakhir untuk 2007. Pelbagai cerita manusia terakam sepanjang tahun ini yang kini berada di dalam lipatan sejarah. Baik yang mencapai cita-cita atau yang masih tercari-cari arah, hari-hari 2007 mengisi kenangan dan pengalaman itu.

Industri hiburan kita juga tidak sunyi dengan usaha anak seni dalam memartabatkan dunia seni dan memajukan diri sendiri. Arena glamor yang sering dihambat kontroversi bagaimanapun tetap manis dengan pencapaian yang dibuktikan oleh aktivisnya.

Selebriti Metro Ahad mengamati pencapaian lebih 20 anak seni tanah air sepanjang 2007. Bagaimanapun, hari ini, cuma 10 terbaik disenaraikan mengikut penilaian kami. Perkiraan rawak dibuat berdasarkan sumbangan mereka dan kesan kepada industri hiburan keseluruhan.

10. SHARIFAH AMANI - Atas nama seni
TEMPAT ke-10, kami sepakat memilih Sharifah Amani (Nani). Biarpun tidak merangkul sebarang anugerah tahun ini, keberaniannya membotakkan kepala untuk babak dua minit dalam Mualaf mencuri pandang. Namun keberanian itu menerbitkan isu sehingga beberapa mufti tampil dengan pandangan masing-masing.

Baru saja selesai penggambaran filem Selamat Pagi Cinta, Nani bagaimanapun dilihat sebagai seorang artis yang sanggup berkorban atas nama seni. Kalau sesetengah pelakon hanya selesa dengan pemakaian ‘alatan palsu’, pengorbanan Nani itu dianggap sesuatu yang besar. Lagipun, ia memperkuatkan lagi persembahan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia 2006 ini.

9. JACLYN VICTOR - Bawa nama negara
BIARPUN gagal membesarkan nama Malaysia di Ikon Asian dan Asian Idol baru-baru ini, sekurang-kurangnya usaha Jaclyn Victor itu harus dipuji. Dia antara yang membanggakan industri muzik negara dengan bakat dan vokal yang dimilikinya. Tahun ini, dia memecah monopoli Datin Seri Siti Nurhaliza untuk Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2007, April lalu.

8. FAIZAL TAHIR - Bakat baru paling menyerlah
BINTANG baru, Faizal Tahir boleh disifatkan antara yang menyerlah. Gagal dinobatkan sebagai juara One in A Million tahun lalu bukan halangan untuk mencipta nama. Kalau diperhatikan secara kasar, namanya lebih melonjak daripada juaranya, Suki.

Metro Ahad melihat Faizal sebagai transformasi penyanyi Melayu generasi baru yang tampil dengan genre muzik tersendiri. Malah syarikat gergasi Pepsi memilihnya selaku jurucakap minuman ringan itu di samping model untuk pakaian DC Superheroes.

7. VANIDA IMRAN - Kepulangan berbaloi
SUDAH lama Vanida Imran di dalam industri ini. Kemenangannya buat pertama kali sebagai Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 melalui filem The Red Kebaya membuktikan sebuah ‘kepulangan’ yang berbaloi selepas filem besarnya sebelum ini, Perempuan Melayu Terakhir pertengahan 1990-an dulu.

Namanya kembali segar dengan pelbagai aktiviti termasuk model iklan dan ke final Sehati Berdansa yang berakhir semalam.

6. MAYA KARIN - Transisi menonjol
NAMANYA terus menonjol. Kita melihat transisi Maya Karin di dalam filem. Bermula dengan No Problem hingga terbaru, Anak Halal, gadis ini menampilkan perubahan besar bukan saja untuk dirinya, malah industri keseluruhan.

Bintang yang mula mencipta nama melalui program Wavelength ini terus membesar bukan saja membawa nama Malaysia melalui kemenangannya menerusi filem popular, Pontianak Harum Sundal Malam tetapi bakatnya diiktiraf jenama antarabangsa seperti Tag Heuer selepas Celcom.

5. DATIN SERI SITI NURHALIZA - Kekal teratas
KEJAYAAN album solonya sebelum ini (Transkripsi) sebanyak 80,000 unit membuktikan yang pasaran album masih ada, cuma perlukan kualiti yang baik. Album ini juga menang Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2007 dan 10 Disember lalu, Siti muncul lagi dengan Hadiah Daripada Hati.

Bukan itu saja membuatkan namanya berada di dalam senarai Metro Ahad. Siti turut membuktikan yang artis berkahwin masih kekal sebagai penyanyi tersohor walaupun dikatakan tergugat. Populariti dan kualiti yang ditampilkan masih satu jenama buat industri muzik kita.

4. AZNIL NAWAWI - Angkat jenama pengacara
PENGUNDURANNYA sebagai pengacara Akademi Fantasia tidak menggugat langsung jenama Aznil Nawawi.

Sejak mengendalikan program hiburan masyhur itu, Aznil berjaya mengangkat karier pengacara yang selama ini hanya dipandang biasa atau setidak-tidaknya penyeri majlis saja.

Sebaliknya Aznil membuatkan tugas mengacara ini suatu kerja penting dan lebih menonjol. Jenama Aznil kini dilebarkan sebagai penyampai radio.

3. AHMAD IDHAM - Pecah panggung
BUKAN kerana kontroversi gelombang merah ketika pemilihan pucuk pimpinan Seniman tetapi Jangan Pandang Belakang membuatkan nama Ahmad Idham makin besar. Sebelum 2007, namanya sebagai pengarah sudah mula menjadi melalui Remp-It yang mengutip lebih RM4 juta.

Bagaimanapun Jangan Pandang Belakang memberi impak maksima di dalam jumlah kutipan tiket industri perfileman setakat ini dengan angka melebihi RM7.6 juta bagi tayangan di Malaysia, Singapura dan Filipina. Filem ini turut mendapat pandangan positif luar negara.

Formula sama dikatakan digunakan untuk Congkak yang akan ditayangkan Mac/April depan.

2. YASMIN AHMAD - Perhatian dunia
SERING dicop kontroversi di atas ‘karya jujurnya’ tetapi Yasmin Ahmad melalui tiga filemnya setakat ini - Sepet, Gubra dan Mukhsin masih kekal dengan genrenya. Malah sebuah filem remaja, Talentime bakal meneruskan ‘Yasmin Ahmad’.

Tahun ini, Mukhsin walaupun kurang menyerlah di tanah air sendiri, mendapat perhatian pasaran Jepun, Perancis dan Korea Selatan. Oktober lalu, hak siaran filem itu dibeli pengedar filem kanak-kanak Perancis, Les

Films du Preau, sekali gus menjadikannya filem pertama dari Malaysia yang dipasarkan di Eropah.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu turut dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-12 dalam segmen khas diberi tema ‘Three Colours Of New Malaysian Cinema’.

Filem itu juga memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin - anugerah utama ‘Grand Prix Deutsches Kinderhilsfwerk’ bagi kategori Generation K-Plus dan anugerah khas juri untuk Crystal Bear.

Selain, ia memenangi anugerah Filem Terbaik Asean di Festival Filem Cinemanila September lalu dan dicalonkan bagi kategori Filem Terbaik Kanak-Kanak di Anugerah Skrin Asia Pasifik di Gold Coast, Australia baru-baru ini.

Biarpun dikritik mengenai kewibawaan festival oleh sesetengah pemerhati industri tempatan, usaha Yasmin itu seharusnya dilihat sebagai pemangkin untuk kita menjual nama dan karya Malaysia di mata dunia. Buat kerja, usah mengata saja!
Yasmin yang kini berada di Bali bagi menyiapkan skrip Talentime, turut terpilih sebagai juri Festival Filem Thessaloniki ke-48 di Greece yang berlangsung dari 16 hingga 25 November lalu.

1. DATIN SERI TIARA JACQUELINA - Naik taraf dunia seni

ANAK seni paling cemerlang jatuh kepada Tiara Jacquelina. Usahanya menaikkan taraf dunia teater tempatan sejak pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical tahun lalu diteruskan dengan P Ramlee The Musical tahun ini. Maruah pentas teater semakin dihargai.

Jenama Enfiniti Productions milik Tiara selaku penerbit semakin kukuh bukan saja meletakkan tanda aras dunia teater kita malah kejayaan apabila mendapat kontrak pembinaan Kota Warisan bakal menjadi sebuah lagi mercu tanda seni di ibu negara yang menjadi tarikan terbaru kepada pelancong.

Perkampungan budaya yang menelan kos RM32.5 juta dibina di atas tanah berkeluasan 3.2 hektar di Jalan Davis, di tengah-tengah ibu negara.

Pembinaan kota itu dijangka siap dalam tempoh 10 bulan selepas Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWA) dan Enfiniti Productions Sdn Bhd yang ditandatangani di Istana Budaya, baru-baru ini.

Kota Warisan sebuah perkampungan berpagar yang dibuka dengan kepelbagaian kegiatan, tarian, lagu dan acara setiap hari.
Ia perkampungan asli yang memberi pengalaman untuk menyaksikan serta merasai sendiri pengalaman langsung cerita rakyat dan dongeng.
Pembinaan fizikal Kota Warisan merangkumi bangunan dan infrastruktur adalah di bawah tanggungjawab KeKKWA, manakala Enfiniti Productions bertanggungjawab dengan pengisian budaya.

Indonesia dan Singapura sudah mempunyai perkampungan budaya sendiri seperti Taman Ismail Marzuki (Jakarta) dan Esplanade (Singapura) yang berjaya memberi gambaran kepada orang luar mengenai budaya mereka.

Penilaian Selebriti Metro Ahad ini berdasarkan kemampuan Tiara yang cuba memartabatkan kesenian tempatan setinggi mungkin.

7 comments:

myrarms said...

Congrats tiara!!!
u r the best for this year and sebelumnya dan selepasnya. ok. keep it up!!!!

myrarms said...

Happy New Year !!!

tiara jacquelina said...

thanks for dropping by myrarms, have a wonderful 2008! tiara

ms hart said...

Madame, sorry, tumpang lalu! Pls check out Glam January. There's P Ramlee there for u!

defoo said...

paparazzi coming in - u deserve it, there's no one out there like you.

tiara jacquelina said...

hi myrarms and alvin de paparazzi... tks for dropping in on my blog and for saying hi every now and again. alv, pls send my best to your guys and here's wishing you guys all da best for the new album. just dont be too busy for us when p ramlee rides again k!

Umar Uzair said...

saya tak hairan kalau anda dikatakan pengangkat theater sbb anda 'berduit'. siapapun yg berduit akan mampu membuat apapun yg dia inginkan walaupun sebelumnya dia bukanlah sesiapa. sknrng ni duit kawal semuanya. kawal berduit boleh buat itu ini. dan kalau tidak berduit dan tidak ada kroni, duduk diam saja di rumah sbb hasil karyanya dicampak ke sana sini olrh orng berduit.. congrats btw.