Sunday 10 October 2010

MISI RAHSIA TIARA by Abie Abdullah for Metro Ahad


This journalist was right, I usually stay away from the spotlight and publicity whenever I'm not in "publicity and promotion" mode. Fortunately for me, my friends in the media understand and fully respect the way I like to do things. It hasn't been easy avoiding conversation with my media friends, especially over Hari Raya, but everyone understands my "modus operandi" by now, ha ha. Shout only when I have something substantial to shout about.

Thanks Abie for publishing my thoughts whilst not saying too much either! ;-)

You'll be hearing from me when the time is right...

Harian Metro

Misi rahsia Tiara

Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my
2010/10/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AGAK lama juga Datin Seri Tiara Jacquelina ‘berdiam’ dan dia punya alasan tersendiri. Malah ketika ditanya pun, pejuang seni ini mengambil masa untuk memberi jawapan yang bukan saja tepat, malah tidak mahu ada yang terasa. Pun begitu, di kalangan rakan media, dia turut dikenali sebagai perahsia, terutama yang membabitkan perancangan seninya. Takkan akan dicakapkan kalau belum masanya.

Inilah ketegasannya tetapi wanita cantik ini pasti mengotakan janji. Dan itulah juga yang membuat pihak media menghormati ‘misi rahsia’ Tiara dalam setiap perhitungan kariernya.

Beberapa projek sedang dipertimbangkan oleh syarikatnya, Enfiniti Productions dan seringnya dinantikan pengikutnya selepas melihat hasil yang menjadi tanda aras karya seni seperti muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan P Ramlee yang dipentaskan bukan semusim dua. Pastinya ada yang mengharap lagi dan meletakkan harapan yang lebih besar.

Sedikit menggusarkan tetapi Tiara faham dengan citarasanya mempersembahkan sesuatu. SELEBRITI menghubunginya Rabu lalu untuk lebih lanjut.


Agak lama juga menyepi. Ke mana menghilang?

Bukan lama menyepi, tetapi saya mengambil masa lama untuk membuat perancangan. Berbulan-bulan hingga ia menjadi dalam keadaan yang sahih untuk dikongsikan. Insya-Allah hujung tahun ini saya umumkan projek baru. Ada beberapa dalam pelan itu, semuanya berkaitan dengan apa yang saya ingin buat. Mungkin muzikal, mungkin juga filem atau apa saja yang berkaitan dengan industri seni. Sesuatu yang saya mahu buat, sesuatu yang bagus untuk industri. Memang tidak boleh beritahu lagi. Memang ada projek tetapi belum tentu formatnya. Sepanjang Hari Raya, saya terpaksa zipkan mulut walaupun puas teman bertanya.


Mungkinkah muzikal lagi selepas PGL dan P Ramlee?

Saya sasarkan dua tahun selepas setiap pementasan tak akan ada ‘show’, pembangunan saja. Kalau nak buat, memang boleh sebab kita ada macam-macam skrip dan Istana Budaya (IB) pun sediakan slot. Tapi saya bukan begitu, mesti buat betul-betul bukannya tangkap muat. Biasanya bertahun masa diambil untuk sebuah pementasan atau sesebuah projek. Mustahil bagi saya buat sesuatu projek seni dalam masa dua tiga bulan persediaan. Bukan saya. Ramai ingat senang nak buat muzikal. Ia lain dengan pementasan biasa.

Kalau skrip saja perlu ambil masa tiga tahun, tiga tahunlah saya tunggu biar betul-betul puas. Macam PGL, dua tahun lebih selepas puluhan olahan. Selepas PGL dan P Ramlee, saya tak boleh buat sambil lewa. Perancangan struktur muzikal sebenar amat berbeza, bukan cincai sesuka hati.


Apa pandangan Tiara mengenai perkembangan muzikal tempatan sekarang?

Pada 2006, ketika awal-awal PGL bermula, ramai yang skeptikal. Kononnya siapalah nak tengok muzikal Melayu, penaja pun belum tentu berani nak masuk. Lebih lawak ketika itu ada yang tanya, nak pentaskan di mana? Mereka tidak tahu yang kita ada IB. Namun selepas PGL, ramai pula yang semakin berani untuk mementaskan muzikal.

Baguslah, dari satu sudut, lebih ramai audiens didedahkan dengan muzikal. Pelbagai peringkat umur dan bangsa mula kenal IB, apa itu teater yang pada sesetengah mereka teater itu macam tengok wayang di panggung. Untuk industri, ia satu perkembangan yang baik terutama mengajak anak muda mengenali teater dan muzikal.

Cuma dalam masa sama, penggiat yang terbabit seperti produser dan pengarah muzikal harus ada tanggungjawab untuk mengekalkan standard kualiti tertentu agar mereka yang pertama kali datang, akan kembali menonton pementasan lain pula. Jangan bunuh keinginan yang baru berputik itu dengan persembahan yang tidak setimpal dengan usaha mereka untuk ke IB. Malah, bimbang juga kalau penaja yang kecewa untuk menaja pementasan lain yang mungkin lebih baik daripada yang ditajanya itu.

2 comments:

Unknown said...

hopefully akan ada p.ramlee the musical season 3

Shakirah Salleh said...

kalau PGL ada lagi skali kan best. but if im not mistaken u used to said that PGL season 3 was the last PGL teater for Tiara as Gusti Putri
=(