Sunday, 31 May 2009

Glam magazine interview -My Life As Tiara



I'm really getting the writing bug lately, it seems, ha ha! Must be the going back to school feeling Akademi Fantasia created. Well, Glam magazine put me on the June cover (alamak... WHAT POSESSED ME TO CHOP MY HAIR OFF????) and asked me to write my own interview piece and I much prefer that I do anyway, so I really do sound like ME in each interview and I don't get misinterpreted or misunderstood! So I got writing and here it is.

My Life as Tiara Jacquelina

Saya terpaku sekejap bila Wirda memberitahu saya tajuk untuk interview saya. "And… surprise! you have to write it yourself too," katanya.

Oh-k, kata saya, yeah sure…why not… kan aku ni paling free, paling woman-of-leisure, sure, Wirda, bring it on!!!

Saya dah miss deadline saya dengan Wirda (so sorry). Tiap hari saya melihat reminder di Blackberry saya, “GLAM article deadline!!!!!!!!” dan setiap pagi juga saya berjanji pada diri sendiri, “today’s gonna be the day, for sure!” Ha ha… who was I kidding, man.

Kalau nak bandingkan dengan orang lain, kehidupan biasa seharian saya pun dah memang hectic gila. Sebelum musim ketiga Puteri Gunung Ledang dan Akademi Fantasia bermula pun, saya berusaha untuk juggle multiple roles sebagai seorang isteri, ibu, pelakon, penyanyi, produser, entrepreneur, restaurateur dan talent agent dengan sebaik mungkin. Memang tidak mudah sama sekali, kerana 24 jam dalam satu hari takkan cukup.

Wirda kata, dia ingin tahu “What is life like, being Tiara Jacquelina?” jadi inilah dia gambaran rutin seharian saya.

Pagi – bersama anak-anak saya Mila (12 tahun) dan Dani (9 tahun) sebelum mereka ke sekolah. Kalau saya betul-betul tak larat turun dari katil, mereka akan datang berjumpa dengan saya untuk “morning hug” tradisi kami. Sejak mereka kecil lagi, dari hari pertama mereka ke sekolah, mereka akan minta “mommy’s hidden kiss” dalam tapak tangan mereka. Falsafah Mila dan Dani, kalau mereka rindui saya, mereka cuma letakkan tapak tangan mereka di pipi atau dada mereka dan mereka akan rasakan kasih saya sentiasa bersama mereka.

Selesai urusan anak-anak, waktu untuk sarapan dan menonton CNN bersama suami saya. Masa ini kami biasanya buat “stretching” dan senaman bersama sambil menonton berita atau rakaman rancangan favorit kami. Masa ini juga saya akan berkongsi dengan Effendi tentang kerja saya samada berkaitan dengan Enfiniti, Borneo Rainforest mahupun Akademi Fantasia. Suami saya adalah personal consultant saya, juga pengkritik dan tak kurang juga peminat nombor satu saya – a complete package!

Saya sering menasihati girlfriends saya yang belum berumahtangga, if you marry a man, make sure he is absolutely CRAZY about you. It doesn’t work kalau wanita tu yang lebih gilakan seseorang lelaki itu. Untuk seorang wanita, mudah untuk kita makin hari makin cintakan suami kita, tapi tidak semudah itu untuk seorang lelaki!

Saya bersyukur kerana antara saya dan suami, kami mempunyai minat yang sama. Kalau pun tak minat, kami berusaha supaya ambil tahu juga supaya kami tetap sebahagian dari impian masing-masing. Waktu Effendi berkhidmat dengan kerajaan sebagai Menteri Pertanian pun, saya mengikuti beberapa lawatannya ke kampung-kampung, ladang, juga saya cuba hadir apabila Effendi membuat ucapan tentang visinya untuk sektor pertanian Negara. Saya ingin tahu apa passion dia, apa yang menjadi keutamaan dia dalam mencapai visinya. Pada masa lapang kami berbincang tentang kerjanya dan saya berikan pandangan saya dari sudut seorang layman. Kadang-kadang kita tak sedar terapi menjadi “listening ear” kepada suami pun, sangat berharga nilainya.

Begitu juga sewaktu Effendi menjadi Envoi kepada Perdana Menteri untuk Pelajaran Tinggi, kami berkongsi pendapat tentang pelajaran anak-anak. Saya berikan pendapat saya sebagai seorang ibu yang mempunyai impian untuk anak-anak saya sendiri. Ini satu topik yang mana saya rasa sangat passionate dan paling dekat di hati saya. Negara apa yang saya ingin tinggalkan sebagai legasi untuk anak-anak saya? Minda dan mentaliti masyarakat kita, apakah kita semakin bergerak kedepan ataupun makin merosot dan bergerak ke hala terbalik selama ini?

Anak-anak saya bakal mewarisi masa depan yang akan saya tinggalkan, dalam bentuk apa sekali pun. Jadi, apakah Malaysia akan terus fokus kepada isu-isu kecil dan petty, tentang pakaian orang yang tak sesuai, yoga yang dikatakan memuja agama Hindu, isu perkauman negatif, situasi politiks seperti sarkis dan tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat, dan seribu lagi isu yang sebenarnya membuatkan Negara kita kita semakin ketinggalan dan parokial dalam lumba kearah Wawasan 2020.

Okay, dah mula berbunyi macam syarahan pula. Bila saya dah berkobar-kobar tu, mulalah…
Berbalik kepada contoh rutin seharian saya. Sehabis breakfast dan catch-up dengan CNN, saya bersiap untuk menghadapi maraton harian yang merupakan sebahagian dari Life As Tiara Jacquelina.

Sebelum AF, setiap siang saya difokuskan kepada weekly review bisnes-bisnes saya:
Isnin untuk Borneo Rainforest – menu, operasi, sales dan booking untuk corporate events.
Selasa pula hari Enfiniti Productions – review tentang konsep dan pelaksanaan projek rancangan TV baru, idea-idea untuk filem, drama tv, teater, album.
Rabu adalah hari meeting luar, interviu atau sessi fotografi.

Khamis hari untuk review current special projects. Buat masa ini, kami tengah sibuk membuat persiapan untuk membina sebuah kampung budaya di Jalan Davis, Kuala Lumpur yang bernama “WARISAN – The Malaysian Cultural Village” bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Malaysian Cultural Village ini bakal menjadi destinasi untuk setiap pelancong dari luar dan juga dalam Negara, supaya si-pengunjung bukan sahaja akan mengenali tetapi juga mengalami kehidupan tradisional Malaysia. Saya sangat passionate tentang projek ini dan berharap projek ini akan menjadi kebanggaan Negara dan setiap rakyat Malaysia apabila siap nanti.

Jumaat adalah hari untuk saya sendiri. Sangat penting untuk kita mengambil time off untuk diri kita sendiri, walaupun sekadar menonton wayang atau lunch date bersama girlfriends. Kadang-kadang saya bersama suami yang mengambil peluang ini untuk lunch bersama, sambil kami bercakap tentang masa depan, anak-anak, dan berkongsi pendapat dan impian kami masing-masing.

Setiap petang, bila anak-anak pulang dari sekolah sekitar jam 4pm, saya berusaha supaya urusan seharian saya sudah selesai dan itu waktu saya bersama mereka. Telefon bimbit saya on vibrate mode, dan fokus saya kepada Mila dan Dani yang semakin hari semakin bijak dan matang. Saya ingin menikmati setiap saat bersama mereka kerana pada saya, waktu tidak boleh dikembalikan atau dibalikan. Mila takkan berumur 12 tahun lagi selepas ini, begitu juga Dani takkan kembali menjadi 9 tahun seperti sekarang ini. Saya perlukan tenaga dan stamina yang mendekati kuasa bionik untuk menandingi energi mereka, juga mental alertness supaya boleh melayan idea, minda kreatif dan perbincangan tentang berbagai-bagai topik daripada perang di Iraq, lukisan-lukisan Picasso, lagu-lagu pop terkini kepada how to make a paper sniper gun.
Setiap hari dari pukul 5 petang, anak-anak saya sibuk dengan aktiviti yang diatur seperti tennis, menunggang kuda, golf dan berenang. Dani juga belajar Aikido dan Fencing. Ini kerja Daddy mereka yang juga sama aktif, dan inginkan supaya anak-anak kami membina social skills yang baik menerusi aktiviti bersukan. Effendi mahukan Mila dan Dani supaya boleh bermain apa saja sport dengan baik. Ini akan membina keyakinan mereka selain mengajar mereka tentang fair play dan sporting spirit yang akan menjadi bekal untuk mereka menghadapi dunia dewasa nanti.

Itu gambaran hidup saya sebelum Akademi Fantasia. Sepanjang tiga bulan yang lalu, maraton kehidupan saya semakin panjang lagi! Saya bertuah dipilih menjadi pengetua wanita AF yang pertama. Anda mungkin pernah dengar tentang 7 syarat utama yang saya letakkan sebagai training target pelajar AF, untuk menjadikan mereka bukan sahaja penghibur biasa apabila lulus nanti, tetapi penghibur luarbiasa yang bakal jadi ikon industri tanahair.

Sebagai Prinsipal Tiara, sudah tentu saya ingin membawa sesuatu nafas yang baru kepada rancangan ini menerusi ideoloji, cara kerja, cara berfikir dan tak kurang juga penampilan saya. Semua ini menjadi sebahagian persona saya sebagai Prinsipal yang saya harapkan boleh menjadi inspirasi kepada pelajar. Selain fokus kepada syllabus seni persembahan yang lebih jelas dan teratur, saya juga menekankan penampilan, gaya dan grooming kerana imej, branding dan packaging sangat penting untuk seprang bintang.

Selama tiga bulan ini memang tunggang langgang lah hidup saya, bermula awal pagi hinggalah jauh malam. Bukan mudah untuk jalani hidup di depan kamera, apa lagi dalam rancangan TV sepopular AF, dimana semua yang pernah melabur undi untuk pelajar kegemaran mereka melalui SMS merasakan berhak untuk bersuara dan meluahkan pendapat.

Sepanjang tiga bulan yang berlalu, saya bersama dengan personal stylist saya, Shada Hamid, yang tugasnya adalah untuk menentukan gaya dan penampilan saya setiap hari. Shada berkerjasama dengan beberapa butik seperti Shanghai Tang, Christian Dior, Aseana, Blumarine dan DKNY untuk menentukan “look” saya.

Fokus saya di Akademi setiap hari adalah peningkatan ilmu pelajar-pelajar saya, disamping berdiskusi dengan fakulti untuk mencari pendekatan yang baru untuk setiap pelajar. Saya cuma diberikan tempoh 10 minggu sahaja untuk merealisasikan sasaran transformasi yang diletakkan oleh Astro. Disamping itu, saya membuat research dari internet dan juga kedai-kedai dvd tentang teknik persembahan dan contoh-contoh persembahan yang paling hebat di dunia, supaya menjadi contoh kepada pelajar-pelajar saya.

Bukan mudah untuk tampil bergaya setiap hari, jadi saya beruntung sekali mempunyai support team yang baik, merekalah yang memikirkan tentang baju apa, rambut apa. Saya cuma bersiap dan memilih baju mana, kasut apa yang matching, dan pergi ke A Cut Above BSC untuk dandanan rambut. Winnie Loo dah sediakan empat top stylistnya untuk bergilir-gilir mendandan rambut saya setiap hari –Joe, Sam, Felix dan Desmond. Saya cuma duduk saja menghadap MacBook saya sehingga rambut siap, mekap dalam kereta sepanjang perjalanan ke Akademi dan maraton saya berterusan sehingga pukul 10 malam.

Saya bersyukur kerana keluarga saya sangat memahami dan sangat supportive dengan apa saja projek yang saya tangani. Semasa PGL the Musical bermain di Istana Budaya, mereka akan menonton setiap malam Jumaat dan Sabtu. Tak boleh lawan Daddy mereka lah, dia menonton setiap malam! Daripada kerja dengan kerajaan sekarang jadi tauke panggung, ha ha… Dani dan Mila hafal semua dialog, lagu dan pergerakan atas pentas. Kalau ada sesiapa yang miss sikit pun mereka akan tegur.

Sepanjang penglibatan saya dengan Akademi Fantasia pun, anak-anak dan suami saya ikut jadi peminat rancangan itu. Masing-masing ada pelajar favorit, dan bill handphone saya dari Mac ke Mei penuh dengan bil AFUNDI hasil kerja mereka anak beranak! Tiap konsert mereka pasti hadir dan tak pernah miss. Mereka juga mengerti apabila saya terpaksa bekerja sampai lewat-lewat malam bersama pelajar saya, apalagi di minggu-minggu terakhir.

AF datang tepat pada waktunya saya berada dalam mindset untuk mengajar dan menurunkan ilmu kepada pelapis dunia seni. Saya ada rancangan untuk mendirikan Enfiniti Academy selepas tamat musim ketiga PGL, untuk melatih bintang-bintang pelapis. Tiba-tiba ditawar untuk menjadi pengetua wanita AF yang pertama, macam jatuh dari langit je tiba-tiba. AF adalah cabaran yang berlainan dari PGL, kerana sukses rancangan ini terpulang kepada susksesnya saya memotivasi sekumpulan pelajar amatur supaya berani mencabar diri mereka, berani bermimpi dan berwawasan tinggi, dan mencapai tahap diluar jangkaan, pada setiap konsert.

AF merupakan pengalaman pertama saya berada di kaca tv dan menjadi perhatian orang setiap hari. Dengan program begini yang didorong oleh undian melalui SMS, sejuta pengikut setia rancangan ini merasakan berhak untuk menyuarakan pendapat mereka. Memang ramai yang berikan kata-kata pujian, yang suka dengan pembaharuan yang saya usulkan, tapi tetap ada juga mereka yang mempunyai pandangan tersendiri. Kawan-kawan saya sering bertanya, saya OK ke, menghadapi situasi begini? Biasanya masa PGL atau projek-projek saya sendiri, hanya dapat sanjungan dan semuanya indah belaka. Jawapan saya, saya takkan berubah sikap atau cara saya sendiri, hanya untuk cuba mengambil hati beberapa orang. Saya berdiri atas prinsip dan cara saya sendiri.

Baru-baru ini, saya menghadiri seminar oleh penulis dan pakar motivasi Robin Sharma. Katanya, Critics only come out to play when you perform above the crowd. Kalau orang nak terus menyokong mereka tetap akan menyokong, tapi kalau yang lain tu dah ada pendirian dan agenda tersendiri, kita buat macamana pun putih tetap akan kelihatan hitam juga pada mereka, tak berbaloi saya habiskan tenaga saya. Saya tak perlu meminta-minta pada sesiapa supaya menerima saya, dan saya dah tentu bukan budak berhingus yang perlu ditegur oleh sesiapa saja tentang pendirian, cara berfikir mahupun penampilan saya. Selain berdiri atas pegangan hidup dan prinsip dan values saya sendiri, pada saya asalkan suami saya setuju dan merestui, nobody else’s opinion matters.

Sekarang musim AF telah selesai dan saya akan kembali kepada rutin kehidupan maraton saya. Saya ingin menikmati setiap hari seolah-olah tiada hari esok. Terus pemperkayakan hidup saya dengan membelajari sesuatu yang baru, membaca buku-buku yang memberikan inspirasi, mewarnai hidup saya dengan muzik, menjaga kesihatan dan paras rupa kurniaan Tuhan dengan baik, dan terus melihat ke masa depan dengan seribu impian yang baru.

9 comments:

princess penelope said...

hi tiara..... love your writing today.... one of my wish is to know what is my idol do in a day :)...thank you for sharing ur daily activties...it is a blessing since i always wonder how u manage to do your roles as a beautiful mother, wife, artist and also a business woman :)...

although i am not in the entertainment industry.. but u inspires me..to become the best in my industry... i have been idolising u.. since ur siti zubaidah.. to me you are woman with passion, determination and also a high achiever.... in whatever u do.. u always make sure u do it to the fullest and to the best... you always maximise whatever opportunity that u had in life...i also adore that you are always in the process of learning, u love books and seminars...a never ending learning process..although u r now an icon...i learnt a lot from you.... thank you TIARA for being such inspiration to me... i pray all the best in life and beyond for.... u r an EXTRAORDINARY, beautiful and outstanding woman!! :)

Anonymous said...

goodluck tiara
you`ll always be my inspiration.


jaja

MaRa dAN TeRuS mARa!! said...

HAII KAK TIARAA...SALAMMMM...SAYA SHARUL BAHAT...DJ LANGKAWI FM!!!!.. SAYA MMG DAH LAMA MENGGAGUMI KAK TIARAA...SEMUA YG DISENTUH OLEH KAK TIARAA AKAN MNJADI GAH DAN BERKUALITI... KOMBINASI BUSINEES MINDED DAN KESENIAN AKAK MMG BETUL2 MEMBUAT SAYA TERUJAA!!!...BILA MELIHATKAN JADUAL KERJAA KAK TIARA YG PADAT TTP DISUSUN KEMAS MMG MEMBUATKAN SAYA TERINSPIRASII...PEGANGAN KAK TIARA YG JELAS DENGAN APA YG AKAN DILAKUKAN SERTA OUT OF BOX MMG VAST!!!...KAK TIARA U R MY IDOL...KALAU TAK KEBERATAN BOLEH KIRANYAA DI MASA HADAPAN SAYA INGIN MENEMURAMAH KAK TIARA SBG SEORANG IKON MENERUSI PROGRAM SAYA VARIASI!!!...DAN KALAU KAK TIARA TAK KEBERATAN SUDI2LAH MELAWAT BLOG SAYA YG X SEBERAPA DI SHARULBAHAT.BLOGSPOT.COM!!!...KAK TIARA U ROOOOCK!!!!

Unknown said...

Assalamualaikum Datin,
Saya amat meminati cara pemikiran Datin Tiara. Cara Datin mendidik anak-anak. You are my idol, really! Saya rasa semua anak gadis patut jadi macam Datin.Punya wawasan dan pendirian yang tegas. Saya juga patut mendedahkan anak gadis saya berfikiran sematang Datin. Thanks for being Tiara and my inspiration. My IDOL...

NorHidayah said...

kak tiara..you are my idol.. keep writing ok! please... you are my inspiration! you spirit!!

AmaZura said...

The first thought when I saw the cover was .. You look GREAT .. and you dont look your age .. like time stood still for you ..

You are truly blessed

DeanSham said...

My God! your energy.

Where on earth that you get it from?!

@ said...

hi tiara...just wanna tell u...u look awesome and fantastic as a cover for Glam mag june 2009!!
i adore u since ur Hazline Snow tv cormecial..few years back..!!

hopin tht u will always be succesfull in ur career and family..

ida said...

nice cover :)
thanks for the tips..esp for girls need to remember tat "if you marry a man, make sure he is absolutely CRAZY about you" ..yeah! u rite ;) hehe...
keep on writing ya!..