Monday, 2 June 2008

P.Ramlee the Musical review by Berita Harian



Semangat P Ramlee
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff



Persembahan teater muzikal 'hidup', dikagumi rakan seperjuangan Allahyarham Seniman Agung

SEBAIK saja nama Musly Ramlee diumumkan sebagai pelakon utama teater P Ramlee..The Musical musim kedua, seluruh tenaga produksi bagai sudah mengerti, tentunya perubahan juga turut berlaku pada persembahan kali ini.

Ini kerana apabila 'terajunya' berubah, maka keseluruhan rentetan muzikal itu dilihat akan tampil berbeza.

Persembahan pembukaan teater muzikal P Ramlee di Istana Budaya pada 28 Mei lalu, mengiyakan segala-gala yang pernah disebut Penerbit Eksekutifnya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Ia umpama sebuah pementasan lain, berpaksikan kepada cerita asal yang pernah dipersembahkan pada musim pertama.

Cukup menghiburkan melihat gelagat Musly berdendang, beraksi dan berlawak di pentas berprestij itu sebagai bintang legenda negara yang sudah pun 35 tahun lamanya meninggalkan kita. Malam itu, Tan Sri P Ramlee bagai hidup semula dek keupayaan Musly menjiwai watak artis serba boleh berkenaan.

Disokong muzik yang cukup baik, biarpun hanya dimainkan sebelas orang, rakan lakon yang sama-sama cemerlang menghidupkan cerita, prop menarik lagi meyakinkan yang membawa semula penonton ke dekad 50-an, 60-an dan 70-an, Musly pada detik itu ialah 'bintang' yang penuh suka duka, di sisi wanita utama dalam hidupnya, iaitu Azizah (Emelda Rosmila), Junaidah (Atilia), Norizan (Melissa Saila) dan Saloma (Liza Hanim).
MENGHIBURKAN: Sebahagian aksi menarik pementasan teater P Ramlee The Musical... yang kembali ke Istana Budaya atas permintaan ramai.

Biarpun ucapan tahniah tidak putus-putus diterima sebaik saja pementasan menutup tirai kira-kira tiga jam kemudian, artis yang lahir daripada pertandingan Bintang P Ramlee di Sarawak pada 1996 ini enggan mendabik dada, mengatakan kejayaan pementasan itu miliknya semata-mata.

Sebaliknya, Musly berkata, kemampuan muzikal terbabit memukau perhatian ramai disebabkan kerja keras seluruh anggota pasukan penerbitan, termasuk pelakonnya.

Apatah lagi, dia cukup baru dalam bidang lakonan teater (inilah teater pertamanya). Dia hanya mengenali lakonan pentas kira-kira enam minggu sebelum P Ramlee...The Musical musim kedua dipentaskan. Namun, peluang diberikan Tiara amat dihargainya, kerana bagi pemuda ini, langkah pertama kini sudahpun bermula.

"Saya pernah berkata kepada Tiara, hanya orang gila yang akan menerima tawaran menjayakan watak P Ramlee dalam masa sebulan sebelum ia dipentaskan," katanya yang kini membuktikan, sebagai 'orang gila' itu, kehadirannya di pentas meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, termasuk rakan seperjuangan Allahyarham yang turut diundang menyaksikan pementasan pembukaan berkenaan.
RAKAN LAMA: Wahid Satay dan S Shamsuddin turut hadir menonton teater P Ramlee... The Musical.

Biarpun tampak yakin ketika beraksi, dalam dadanya tersimpan debaran kencang. Kata jejaka kelahiran Teluk Intan, Perak ini, sewaktu mula-mula berada di pentas, dia terfikir sendiri, betapa lambatnya masa berjalan daripada satu babak kepada babak seterusnya.

"Tetapi, sebaik saja mendengar tepukan gemuruh penonton, semangat untuk terus memberikan persembahan terbaik semakin mendatang. Sudah tentu saya tidak ingin menggagalkan usaha keras rakan sepasukan yang lain," katanya yang kini difahamkan sudahpun diambil sebagai artis residen Enfiniti Productions, syarikat yang menerbitkan teater ini.

Bersama Enfiniti, dia bakal muncul dalam sebuah program televisyen yang membicarakan pelbagai topik mengenai P Ramlee. Begitupun, masih terlalu awal untuk dia bercerita lanjut mengenai perkembangan baru itu kerana segala-gala masih dalam peringkat perbincangan.

Mengenai kemungkinan wujudnya persoalan mengenai perbandingan cara persembahannya dengan pelakon asal, Sean Ghazi, Musly percaya, setiap manusia mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Seandainya Sean dikurniakan dengan kebolehan dalam bidang lakonan broadway, dia pula lebih terarah kepada kemampuan meniru bintang pujaan ramai itu secara tradisional.

Kassim Masdor kagumi Musly

KEMUNCULANNYA pada musim kedua, umpama menyuntik emosi yang bukan sedikit pada muzikal terbabit. Bukan sekadar cemerlang dalam menghidupkan kembali watak P Ramlee, dengan lenggok badan, tutur percakapan dan suara hampir serupa, dia juga cukup kelakar, seperti sifat sebenar Allahyarham, yang pernah diceritakan rakannya.

Masakan tidak, teman lama P Ramlee sendiri, komposer Kassim Masdor, cukup menghargai lakonan Musly. Katanya, jejaka itu bukan setakat menyerupai seniman agung terbabit dari segi wajah, malah dia juga mampu menyanyi dengan baik.

"Cara dia membawakan watak P Ramlee cukup menarik. Dia bisa menghadirkan rasa suka dan duka dalam lakonannya," kata Kassim yang turut menyukai babak membabitkan watak dirinya dalam muzikal berkenaan.

Tokoh muzik veteran yang sudahpun setahun menetap di Kuala Lumpur ini mengaku, menonton teater muzikal itu membawanya mengimbau sejarah silam ketika dia dan P Ramlee masih aktif dalam bidang seni di Singapura.

Katanya, mengikuti babak demi babak yang dipentaskan, membuatkannya termenung, terkenangkan peristiwa lama.

Sempat berkongsi sedikit cerita, Kassim memberitahu, bintang legenda itu meminta dia dan beberapa teman lain seperti Yusuf B dan S Sudarmaji merahsiakan perkahwinannya dengan Norizan, yang berlangsung di kediaman Musalmah di Jembeling Road, Singapura. Begitupun, lama-kelamaan cerita itu 'pecah' dengan sendiri.

"Apabila P Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, dia tidak mempunyai pasukan sokongan yang bagus. Kepak beliau bagai sudah patah. Dengan keadaan demikian, kerjayanya semakin suram. Ketika di Singapura, dia mempunyai ramai rakan yang membantu, termasuk saya sendiri yang kadangkala bersengkang mata untuk menyalin semula skor muzik yang digubahnya," kata Kassim.

Pelakon S Shamsudin yang mesra dipanggil Pak Sudin, mengagumi pementasan muzikal ini. Katanya, secara keseluruhan, P Ramlee...The Musical sebuah persembahan menghiburkan dan berjaya membawa mereka kembali ke zaman kegemilangan filem Melayu pada era terdahulu.

"Prop dan lakonan semua bintang utamanya cukup bagus. Semua pelakon lama bagai hidup semula di depan mata apabila saya menontonnya," ujar pelakon yang masih aktif pada usia 80 tahun.

Seniwati Zaiton pula berkata, sudah tentulah cerita yang disampaikan itu tidak lengkap sepenuhnya dek kesuntukan masa dan corak persembahan itu sendiri yang berbentuk muzikal. Namun, sebahagian kisah yang dipaparkan, memang benar-benar terjadi sewaktu hayat P Ramlee masih ada.

"Saya menyukai ceritanya yang cukup hidup dan tidak membosankan. Pada masa yang sama, saya turut berasa sedih apabila teringat kenangan waktu kami masih muda," tutur pelakon yang pernah beraksi di sisi P Ramlee dalam filem Hang Tuah pada 1956.

Memuji kejayaan Liza Hanim membawakan watak Saloma, seorang daripada rakan baiknya, Zaiton juga berasakan teater yang memberikan penghargaan kepada tokoh seni lama harus diperbanyakkan, bukan saja untuk mengingatkan kembali generasi baru kepada bintang lama, malah ia sendiri menyemarakkan lagi dunia teater Melayu di Malaysia dan Singapura.

INFO

# P RAMLEE...THE MUSICAL musim kedua dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 28 Mei sehingga 14 Jun 2008.

# PELAKON lain yang menjayakan pementasan ini ialah Ched Eddie Yusoff, Colin Kirton, Wan Kanari Ibrahim, Douglas Lim, Joseph Gonzales, Infinatez, Asrul Zaidi Jamaluddin, Lily Zarina Khalil, Zeqhty Nattrah Ramli dan ramai lagi.

# TEATER P Ramlee The Musical diarahkan Adlin Aman Ramlie, dengan dibantu Datuk Zahim Albakri.

# P RAMLEE...The Musical memenangi enam trofi pada Anugerah Seni Boh Cameronian 2007 termasuk Arahan Terbaik, Skrip Asal Terbaik (Bahasa Melayu), Rekaan Set Terbaik, Muzik dan Bunyi Terbaik, Aktres Pembantu Terbaik dan Anugerah Pilihan penonton.

P.Ramlee the Musical review by Kosmo




another review out today, in Kosmo.

Lebih hebat, menyengat

Oleh FAIZAL SAHARUNI


PEMILIHAN Musly Ramlee, 40, sebagai P. Ramlee melatari P. Ramlee The Musical...The Life, The Loves & The Inspiration (PRTM) nyata tidak silap, malah ditafsir langkah terbijak buat Enfiniti Productions Sdn. Bhd.

Ada relevannya, P. Ramlee dan Musly tiada sebarang hubungan saudara, cuma keterujaan dan semangat membara lelaki bernama Musly terhadap idolanya jadi penyebab 'jelmaan' P. Ramlee muncul kembali lalu 'menghantui' Panggung Sari, Istana Budaya, minggu lalu.

PRTM yang dipentaskan untuk kali keduanya di pentas paling berprestij itu menyaksikan Musly, si imitasi P. Ramlee menggantikan tempat Sean Ghazi sebagai watak utama menerusi pementasan musim pertama produksi skala besar ini Oktober lepas.

LAKONAN Liza Hanim kali ini lebih cemerlang sehingga ke tahap maksima.

Usah gusar mahupun bimbang, gaya dan penampilan Musly sahaja saling tidak tumpah seperti Seniman Agung itu.

Barangkali klon P. Ramlee ini dipilih menggalas subjek utama PRTM atas persamaan yang dinyatakan di atas.

Musly punyai kemampuan mendendangkan lagu-lagu P. Ramlee dengan baik, adakalanya lontaran vokal Musly atau nama sebenarnya Musly Amir Mohamed Ramli, mirip penghibur kesayangan ramai yang sudah pergi dan mengadap Tuhan kira-kira 35 tahun lalu.

Enggan membuat sebarang penilaian atau rumusan awal, kedatangan penulis semasa malam pertama persembahan PRTM Rabu lalu sekadar berharap ada 'keajaiban' yang timbul.

Saat tirai PRTM dikuak tepat 9 malam, rasa kagum mula menyelubungi diri. Pembukaan awalan berhasil membuat audiens tidak mahu berganjak melihat babak seterusnya.

Fikiran terus menerawang seketika, tidak hairan kejayaan PRTM menyeberangi Singapura di Esplanade baru-baru ini memperlihatkan impak membanggakan khususnya penggiat teater tempatan.

Sepanjang dua jam 30 minit PRTM belayar, mata hampir tidak berkelip menontonnya. Telinga pula terpesona mendengarkan dendangan demi dendangan mengasyikkan.

ADA sedikit kekurangan dalam lakonan Melissa Saila sebagai Norizan saat berkongsi babak dengan Musly yang memerankan watak P. Ramlee.

Tidak dinafikan, lirik lagu P. Ramlee mampu membuai sukma dan perasaan pendengarnya.

Menterjemah sebuah ceritera cinta di antara seorang pemuzik dengan wanita yang dicintai cukup dirasai audiens.

Kerana sifatnya bak sebuah pementasan muzikal, PRTM tidak boleh lari daripada elemen broadway, berbaur kontemporari, terutama segi penyampaian dan lenggok suara.

Babak pertama berlatar belakang Pulau Pinang, tempat yang memberi bermacam kenangan buat P. Ramlee, bahkan cinta pertamanya dengan Azizah mula berputik di tempat sama.

Mereka melagukan doa agar cinta yang dibina terus direstui, namun malang buat Azizah, gadis sunti yang sentiasa mengeluh kesah tentang impiannya untuk bertemu cinta sejati.

Kasihnya terhadap P. Ramlee ditentang hebat keluarga yang berasal daripada golongan atasan.

Belum puas bermain kata, saling menyembunyikan perasaan asmaradana dan mengikat ikrar untuk bertemu lagi, Azizah mohon diri untuk berlalu pergi.

BERJAYA mengembalikan nostalgia dunia filem Melayu era silam.

Bagi Azizah, cinta mereka tidak pasti, malah hubungan yang terjalin tidak mungkin kekal. P. Ramlee dan Azizah akhirnya terpisah dek berlainan darjat, lalu P. Ramlee membawa haluan ke Singapura pantas memahat nama sebagai anak wayang.

Di sinilah bermulanya tragedi pelarian cinta bersaksikan airmata dan semangat tinggi menggapai impian.

Hadir mewarnai pentas dalam beberapa babak, lakonan Emelda Rosmila sebagai Azizah kelihatan biasa, malah dia tidak dapat menyembunyikan riak gementar.

Mengambil alih takhta Datuk Siti Nurhaliza yang sebelum ini menjadi Azizah bukan tugasan mudah dan sembarangan. Mereka miliki kemampuan berbeza.

Pengalaman Emelda sebagai pelakon drama mampu memberi kejutan dalam PRTM. Andai berusaha lebih keras, Emelda barangkali dapat menyalakan sinar cerah sebagai salah seorang wanita inspirasi dalam hidup P. Ramlee

'Apa lagi yang baru?' - satu lagi soalan yang mungkin terpacul di fikiran umum kala mahu menyaksikan PRTM musim kedua.

Harus diingat, musim kedua bukannya menawarkan pembaharuan semata-mata, sebaliknya cuba mengutamakan kepuasan.

Sementara itu, Musly berusaha keras mempertingkat sebutan dan patah katanya sebagai P. Ramlee. Hasilnya, ternyata membanggakan!

Membayang Musly sebagai penggiat seni terulung itu sudah tidak jadi gambaran janggal.

Diksi dialog dan nyanyian Musly jelas, malah dia tidak kekok menyandang gelaran P. Ramlee.

Andai Musly kekal konsisten dan jiwanya terus menebal dengan 'roh' P. Ramlee, dia mampu mengundang lebih ramai kehadiran penonton menyaksikan PRTM.

Tiada improvisasi kerana PRTM musim kedua ini baru jadi permainan Musly, cuma ada waktunya dirasakan ada sedikit klise dengan gerak lentuk tangan Musly yang menyamai P. Ramlee.

Memang gaya itu biasa diguna pakai P. Ramlee, namun kekerapan Musly dengan gerakan tangan menerbitkan rasa muak, malah terlihat berlebih-lebihan pula.

Terus dibuai dengan babak-babak yang disusun sistematik, adegan isteri pertama P. Ramlee, Junaidah yang dilakonkan Atilia nampak lebih natural dalam musim terbaru ini. Lihat sahaja Atilia beraksi gedik dan lincah mahu menawan hati P. Ramlee, memang cukup mengena.

Bagaimanapun, ada sedikit kekurangan menerusi watak Norizan yang dilakonkan Melissa Saila. Sebelum memasuki babak kedua, sepatutnya Norizan menghayun langkah bergaya menghampiri P. Ramlee yang ketika itu sedang berduka ditinggal Junaidah.

Dengan gema suara Norizan sebelum dia muncul, peminat menjangkakan impak hebat, namun ia kelihatan agak normal dan kurang menarik. Begitu dapat dirasakan adegan sama antara pada musim pertama jauh lebih baik.

Tidak menjadikan awalan Norizan itu sebagai cacat-celanya, apa pun lakonan mantap pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seni BOH Cameronian 2007 awal Mei lalu menerusi PRTM itu memang menonjol di kaca mata umum.

Lantunan dialog dan nyanyian Melissa juga dapat dirasai hadirin, malah bulat bunyinya. Mewarisi bakat lakonan menerusi ibunya, Seniwati Mariani yang pernah terkena 'tempias' P. Ramlee, tidak hairanlah seandainya Melissa meraih penghayatan yang lebih optima.

Watak Saloma yang ditangani penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim memang menjadi. Lenggok badan dan personalitinya menjadikan babak PRTM jadi lebih bermakna dan diresapi perasaan cukup sentimental.

Semangat Liza Hanim untuk beraksi di atas pentas berada di tahap maksima. Dia tidak teragak-agak dengan segala tindakan mahupun langkah tari. Suaranya semerdu Saloma, nyanyiannya juga meyakinkan sehingga memecah kesunyian panggung.

Di tangan Roslan Aziz, sisi muzik PRTM tetap mengasyikkan. Meskipun ada barisan pemuzik lama termasuk Erwin Gutawa yang sebelum ini mengepalai tugas pengarah muzik tidak dikekalkan, namun bunyi-bunyian yang terhasil untuk musim kedua lebih berperisa.

Bunyi percussion dan gendang lebih menggegar, begitu juga dengan elemen muzik moden yang kuat terasa di celah-celah irama kontemporari ala-ala Broadway.

Pat Ibrahim, sekalung tahniah sekali lagi atas koreografi yang kemas lagi indah, terutamanya pada hampir keseluruhan adegan PRTM.

Ilham Raja Maliq dalam mengindahkan set, efekpenataan cahaya, props dan pakaian juga patut diberi penghargaan.

Keseluruhan pasukan produksi PRTM harus diberi apresiasi kerana hasil kerja yang kemas dan menakjubkan.

Buat Tiara selaku penerbit eksekutif, penulis sudah kehabisan kata-kata pujian atas usahanya mengangkat martabat PRTM ke satu lagi peringkat.

Ia bukan kerja mudah, bukan juga sebuah angan-angan kosong. Dan buat Tiara insan seni yang tidak jemu-jemu menghasilkan teater bermutu, anda memang fantastik!

PRTM musim kedua kini sedang rancak dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 28 Mei lalu hingga 14 Jun ini.

Tiket-tiket berharga RM180, RM150, RM100, RM70, RM50 & RM30 boleh didapati di kaunter box-office, Istana Budaya atau hubungi talian 03-4026 5558 untuk sebarang keterangan lanjut.

P.Ramlee the Musical coffee table book - coming soon!

Keep watching this space, we're almost there putting together a coffee table book on our experience putting P.Ramlee - the Musical together. crossing fingers it can be printed and ready to go before our run at Istana Budaya ends, ha ha! you'll find photos of season 1, esplanade and season 2 in it, as well as interviews with the cast, creatives and production team. below is my foreword for the book:


Its 3 days to go til curtains go up for season 2 in KL. We’re doing technical rehearsals as I write, and my team of 200 actors, ensemble, “creatives", stage management team, “transformers”, art department, technicians, the lighting team, audio team, projection team, musicians and backing vocalists are working on every scene tirelessly, from prologue to epilogue, over and over and over again. This is what it’s all about, in theatre production. It’s the quest for perfection, with no room for any mistakes. Each of the 200 people on this production fully appreciates how much his or her individual focus, precision, discipline and fullest effort is so critical to the successful performance of every other member of the group. The whole team effort is like a chain, where we can’t afford to have a single weak link.

At any one moment, so many elements need to fall in place precisely at the same time – music cues, a performer hitting the right blocking onstage, the fly bars bringing backdrops up and down, stage lifts and wagons moving in and out, performers changing in as little as 45 seconds, the front and back “iris” opening and closing on cue, lights need to change, performers microphones need to be turned up and down as they take turns to speak or sing, the audio levels of the musicians and actors need constant balancing… if any single component is out of sync, it throws everything into disarray, and that’s disaster-something that cannot happen in a live performance.

There is so much that we have learnt from both our mistakes and successes. This is a record of our journey behind the scenes of this production so that this invaluable experience can be shared with fans and supporters of theatre and the arts, as well as fellow practitioners, students and dreamers of the future.

This book has been in the making since the first season last November, but so much has been added and taken out of it since our Singapore run as well as season two in KL. Thank you MPH and Faridah for being so patient and accommodating with all the additions and changes!

This book is dedicated to the many heroes, sung and unsung, who form that magical chain that has made this musical happen. But above all, to the greatest hero of all time, the man whose life story we are trying to tell, P.Ramlee. Rest in peace, master. Hope we made you smile…

P.Ramlee musical review by UTUSAN MALAYSIA



Muslee berjaya zahirkan P. Ramlee

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, bukanlah satu kerja yang mudah untuk mengangkat kisah hidup, kerjaya dan cinta Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mungkin tidak pernah kita ketahui sebelum ini di atas pentas untuk untuk dipertontonkan kepada khalayak.

Namun, itu merupakan satu cabaran yang cukup besar dan ia telah berjaya ditangani dengan baik oleh Enfiniti Productions Sdn. Bhd. (EPSB) untuk ‘menghidupkan’ kembali Seniman Agung itu menerusi teater muzikal mega, P. Ramlee the Musical (PRM).

Sesiapapun tidak mampu menyangkal keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh penerbit eksekutif EPSB, Datin Seri Tiara Jacquelina kerana dia sememangnya begitu yakin dan berani bahawa teater muzikal kedua terbitannya itu mampu mencipta kejayaan yang cukup luar biasa sebagaimana Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dua tahun lalu.

Malah, wanita bersemangat waja ini menjanjikan bahawa penonton kali ini akan pasti berasa puas dengan pementasan PRM musim kedua yang sudah pun bermula sejak 28 Jun lalu.

Tambahan pula, dengan mempertaruhkan Musly Ramlee yang tidak mempunyai nama besar sebagai P. Ramlee, sewajarnya, Tiara memang begitu optimistik dengan segala yang telah dilakukannya.

Apa yang pasti, Tiara tidak memungkiri janjinya apabila pementasan musim kedua PRM sememangnya cukup hebat dan fantastik sehingga penonton yang hadir pada malam pembukaan PRM tempoh hari terasa bagaikan P. Ramlee dan era kegemilangannya kembali wujud dan bernyawa.

Memang benar kata Tiara sebelum ini, PRM yang baru ini adalah lebih sesuai untuk dilabelkan sebagai pementasan yang baru dan bukannya musim kedua.

Perubahan terhadap jalan ceritanya lantas menjadikan perjalanan PRM lebih pantas, kemas dan mudah difahami.

Pelbagai emosi yang dialami sewaktu menonton PRM kali ini. Katakan sahaja baik gembira, sedih, tawa dan tangis semuanya cukup lengkap dalam pementasan ini.

Mungkin tidak wajar untuk membandingkan PRM yang terbaru ini dengan musim terdahulu kerana kedua-duanya ditampilkan dengan pendekatan yang berbeza baik pemegang wataknya mahupun dari segi muzik yang ditampilkan.

Tidak keterlaluan dikatakan PRM kali ini terletak pada kehebatan lakonan Musly sebagai P. Ramlee yang berjaya menghidupkan watak ikon negara itu dengan gayanya yang saling tidak tumpah seperti legenda itu. Kedengaran ada juga yang berbisik, “Dia memang macam P. Ramlee lah.”

Percaturan Tiara untuk mempertaruhkan Musly sememangnya tidak pernah silap dan aktor itu diramalkan menjadi seorang bintang besar satu hari nanti.

Mungkin kerana sudah lebih sedekad dia membawa imej P. Ramlee ke mana sahaja dia pergi dalam membuat persembahan, ternyata ia tidak memberikan masalah buat Musly untuk menzahirkan P. Ramlee di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Memang dapat dilihat lakonan dan nyanyian Musly begitu bagus serta menghampiri tahap sempurna dan walaupun hanya diberikan tempoh kurang dari sebulan untuk sesi latihan, Musly memang cukup berdedikasi dan segala usaha serta keringat yang dicurahkannya itu sudah cukup jelas dapat dilihat menerusi persembahannya.

Meremang bulu roma saat Musly mendengarkan nyanyiannya terutama sekali apabila dia mendendangkan lagu Hujan Di Tengahari dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Penghayatannya menerusi kedua buah lagu ini begitu bagus sehingga menusuk ke jiwa dan terasa penderitaan dan kesedihan yang dialaminya apabila kedua-dua isterinya, Junaidah (lakonan Atilia) dan Norizan (Melissa Saila) meninggalkannya kerana tidak dapat menerima suami mereka merupakan figura hebat dan popular.

Kehadiran Musly ternyata meningkah kata-kata orang bahawa dia hanya mampu meniru gaya P. Ramlee tetapi PRM sebenarnya telah menyerlahkan bakat Musly untuk menjadi seorang artis yang versatil.

Bukan itu sahaja, keserasian Musly dengan empat pelakon wanitanya juga terjalin dengan baik dan dapat dilihat mereka tiada masalah untuk bergandingan bersama. Malah, pengaliran watak masing-masing juga berjalan dengan lancar.

Namun bak kata Musly, untuk membawakan watak P. Ramlee memang bukan satu masalah buatnya tetapi, untuk menyakinkan penonton dalam memberikan persembahan terbaik buat penonton membikin hatinya gundah-gulana.

“Perasaan saya tiada siapa yang tahu dan apa yang saya harapkan kini, adalah sokongan dari semua pihak. Saya memilih untuk melibatkan diri dalam teater ini bukanlah bertujuan untuk disanjung dan dipuja tetapi untuk membudayakan masyarakat hari ini tentang P. Ramlee.

“Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak ternyata memberi satu pengalaman baru buat saya untuk membuat lebih baik lagi untuk pementasan ini. Seandainya, penonton menganggap saya adalah jelmaan P. Ramlee, itu adalah penerimaan mereka kepada saya.

“Apa yang buat saya gembira adalah segala perit jerih saya semuanya berbalas apabila menerima segala kritikan dan komen positif dari orang ramai,” kata Musly atau nama sebenarnya Musly Amir Mohamed Ramli merendah diri.

Selain Musly, pelakon utama yang lain iaitu Liza Hanim yang memegang watak sebagai Saloma dan Atilia juga tidak kurang hebatnya.

Sungguh jelas menampakkan lakonan dan penghayatan mereka telah banyak berubah. Tidak nampak mereka kekok mahupun ‘ketakutan’ di atas pentas sebagaimana pada musim pertama tahun lalu.

Ada beberapa adegan lakonan Liza dan Atilia juga berjaya mengundang hilai tawa di kalangan penonton yang menyaksikan telatah mereka di atas pentas yang ternyata berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan jayanya.

Malah, nyanyian mereka juga begitu jelas dan terang sehingga penonton dapat merasakan apa yang mereka cuba sampaikan menerusi watak mereka itu.

Kemunculan Melissa pula sebagai Norizan yang paling dinantikan dan ternyata, dia kembali dengan lebih hebat lagi.

Banyak perubahan yang dapat dilihat menerusi wataknya itu namun, meninggalkan kesan yang cukup berbekas sebagai seorang isteri yang hatinya begitu kosong tanpa belaian daripada seorang suami yang merupakan insan seni yang dipuja.

Percubaan Emelda Rosmila yang menggantikan Datuk Siti Nurhaliza dalam memegang watak Azizah juga tidak kurang menariknya dan masih ada ruang lagi memperbaiki kelemahan kecil seperti mimik muka, penghayatan serta lontaran suara.

Mungkin disebabkan tahun lalu watak Azizah yang dipegang oleh Siti tidak boleh dikembangkan lagi kerana imej dan prinsip Siti, namun, kali ini, penonton akan dibuai dengan kisah cinta Azizah dan P. Ramlee yang dibuat dengan lebih mesra lagi.

Sememangnya dia bukan dilahirkan sebagai penyanyi tetapi dia mampu membawakan lagu Mulanya Cinta dengan gayanya yang tersendiri.

Jika tahun lalu, PRM mempertaruhkan Erwin Gutawa dengan barisan orkestra yang memberikan dimensi baru kepada pementasan teater muzikal tempatan, kali ini, dengan sentuhan magis Roslan Aziz bersama sebelas pemuzik iringan dan lapan orang penyanyi latar, ia telah menjadikan PRM kedengaran sungguh hebat sekali.

Siapa yang mampu menidakkan kehebatan Roslan yang sememangnya terkenal dengan susunan serta gubahan muziknya yang luar biasa itu.

Apatah lagi, lagu-lagu P. Ramlee merupakan santapan jiwanya, tiada masalah buat anak kelahiran Kuala Lumpur itu menjadikan muzik PRM sebagai satu magis yang ternyata memukau penonton pada malam itu.

Seperkara lagi adalah barisan ensemble PRM juga telah memberikan persembahan yang menarik dengan gerak tari mereka yang dilihat begitu sempurna.

Ternyata dedikasi dan kesungguhan mereka dalam menghiburkan penonton sememangnya cukup terserlah dan segala kerja keras mereka berbaloi.

Kesimpulannya, PRM kali ini sememangnya puas ditonton dan segala-galanya adalah sempurna.

Naskhah karya Adlin Aman Ramlie ini yang juga bertindak sebagai pengarah telah berjaya diangkat dengan sempurna.

Dengan dibantu oleh Datuk Zahim AlBakri, PRM ‘wajib’ ditonton oleh masyarakat kita untuk terus mengenang P. Ramlee yang telah banyak berjasa dalam mencipta kegemilangan industri hiburan tanah air.

PRM memberi nyawa kepada penghidupan P. Ramlee untuk kita merasai kegembiraannya saat di puja dan diletakkan di tahap yang begitu tinggi.

Kesedihannya juga dapat kita rasai apabila dia pergi meninggalkan kita dengan hati yang hancur luluh apabila dia tidak lagi dihargai pada sisa-sisa hidupnya yang terakhir.

Pementasan muzikal PRM ini akan berlanjutkan sehingga 14 Jun ini di Istanan Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sunday, 1 June 2008

OUR FIRST REVIEW IS OUT!!!!!



Sunday June 1, 2008
A legend returns
By MARTIN VENGADESAN

If anyone can do justice to the memory of P. Ramlee, it’s a long-time impersonator who has made a name for himself by imitating the inimitable legend.

AN absolutely inspired bit of casting has breathed new life into P. Ramlee The Musical making it a joyous occasion that ought to touch even the most hard-hearted and unsentimental of theatre goers.

While there is no doubting the polished skill of Sean Ghazi who played the role with aplomb during its first run last year, long-time P. Ramlee impersonator Musly Ramlee has taken the musical to a whole new level with his boyish enthusiasm.

The late Tan Sri P. Ramlee was above all someone who loved life and lived it with passion, combining a sharp talent and fierce work ethic with the ability to make rash and naive decisions, often in pursuit of a woman or his dreams.
Liza Hanim as Saloma and Musly Ramlee playing P. Ramlee to perfection.

Musly Ramlee may have just stepped into the role with six weeks of rehearsal time but he has been a P. Ramlee impersonator for many years and he makes that work for him in a big way.

Audience, critics and, according to insider accounts, even the cast members themselves, were all won over by his charming portrayal of one of our nation’s favourite sons.

But he was far from the only reason that P. Ramlee The Musical was such an engrossing watch. There were sterling turns from Melissa Saila as his explosive second wife Norizan and Liza Hanim as the sweet but flirtatious third wife Saloma, while comic relief came from Joseph Gonzales as veteran director B.S. Rajhans and Colin Kirton and Douglas Lim, who played the Shaw brothers.

I also really have to take my hat off to set designer Raja Malik and his entire team. Working in tandem with lighting designer Teo Kuang Han, the full magnitude of the Istana Budaya’s potential was realised. The set switches were immaculate, and we were treated to seamless transitions with split screens, train stations, a swinging nightclub and more.

The cinematic vibe of the whole production was enhanced by the fact that the story was told in flashbacks, and interspersed with newspaper clippings and television footage.

The scene where Ramlee sneaks into a cinema to watch a movie that we the audience can also see was just one example of the clever use of set and light design.

Frankly, I couldn’t help but think of how favourably P. Ramlee compared with last year’s Cheng Lock (if only because the thought of Ramlee bursting into song was a lot more plausible than the prospect of the late Tun Tan doing so!).

Sure, there was the odd moment of nervousness from the performers and occasionally (especially in the earlier stages of the performance) not every singer could be heard clearly but, by and large, this was gripping stuff.

And that’s no mean feat considering that the whole thing ran for more than three hours!

While some may baulk at such a length, one can only imagine how difficult it is to try and condense the great man’s life into so short a span of time.

His romances alone, with childhood love Azizah (played this time by Emelda Rosmila Hamid who replaced Datuk Siti Nurhaliza), first wife Junaidah (Atilia Haron), Norizan and Saloma were enough to keep us busy.

The story of Ramlee’s life unfolded very well, with different flashpoints such as his youth in Penang, early struggles in Singapore, later triumphs as a star and final years in Kuala Lumpur all given their due.

As far the music and choreography go, I have no complaints either. Veteran producer Roslan Aziz (who helmed Sheila Majid’s P. Ramlee tribute album Lagenda back in the early 90s) has replaced Indonesia’s Erwin Gutawa in arranging the music written by Dick Lee and the songs helped set the scene.

Despite the pizzazz of the jazz-tinged music, they simply couldn’t compare with the affection with which the audiences treated every Ramlee original. Whenever the familiar strains of a classic like Azizah or Getaran Jiwa was heard, the audiences simply went wild (and, apparently, this happened during the musicals’ recent run in Singapore too).

While many of the songs were moving ballads that told of Ramlee’s romantic nature (and my, were they handled well by Musly), his progress as a star was told largely in song by Gonzales, Kirton and Lim and by a series of paparazzi sketches.

I must confess my Malay is sufficiently weak that I did spend most of the show with my neck craned just to catch the subtitles that were screened above the stage, but that’s a minor complaint as I have to laud the producers for thinking of everything.

I’ve never really been a fan of Ramlee’s music (until now, perhaps) and I can only imagine what an essential experience this musical would be for his fans. That they managed to evoke a bygone era that we should remember fondly, is another plus.

Ironically, in his keenness to pay tribute to the master, Musly Ramlee, the hitherto unknown 40-year-old father of four from Bagan Datoh, Perak (who won a Bintang P. Ramlee competition as far back as 1996) may have just become Malaysia’s newest star.

# P. Ramlee The Musical will be staged nightly at Istana Budaya, Kuala Lumpur, until June 14 at 8.30pm, with additional 3pm matinees during weekends. For more information, visit www.pramleethemusical.com. For ticketing information, call 03-7711 5000 or go to www.axcess.com.my.

Saturday, 24 May 2008

P.Ramlee The Musical - laugh, cry and enjoy...





I've just spent the last 24 hours trying to compose my executive producer's foreword for the P.Ramlee programme book, thought i'd share this in my blog.

When producing a subject as highly loved and respected as P.Ramlee, we can only hope to make the story work for his many, many fans and aim to produce a good representation of his life and at the same time add a touch of creativity so it’s attractive, entertaining and “today” enough for a young audience.

It’s unbelievable that Malaysia has undergone so many changes and yet today, 35 years after the passing of P.Ramlee, his films still make you laugh and cry, and everyone can sing along to all his songs and quote lines from his films, as if his words have been etched in our minds indelibly.

On the night of our final performance at the Esplanade in Singapore, we’re having a team huddle backstage 15 minutes before curtains go up. It’s been a very challenging week, with technical rehearsals running for 14 hours a day. The cast and ensemble are still on a high from receiving nightly standing ovations, yet I can tell they are running on reserve battery by now. Guys, I said, we’re almost at the finishing line, we can see the goal right in front of us, let’s end with a huge bang! Remember why we’re doing this. This is our tribute, as the Anak Seni who have inherited the legacy of the great Master we never met. We’re doing this so people will know his story, why he is such a legend, so that no matter how we evolve as a nation, P.Ramlee’s name will never be forgotten.

P.Ramlee reminds us about the challenges of being an artist and achieving greatness – you are loved and revered in your moment of glory, and you are all alone in your moment of despair. His story is also a lesson for us about how art can only survive and thrive in an enabling and supportive environment. Recognition and accolades mean very little when it’s too late.

Our hope is that when the curtains come down, every one of you will leave Istana Budaya feeling lifted, and for those who miss and love P.Ramlee as much as we do, a joyful sense of reminiscence.

Laugh, cry and enjoy…

Wednesday, 21 May 2008

we ROCKED singapura!!!!!!


i'm still on cloud 9... so so proud of the team for putting on a FANTASTIC show at the esplanade in singapore.mr. benson puah, the ceo of the esplanade, was full of praise for the whole cast. he said that what makes all enfiniti's productions a head above all the rest, is because we have a talented teal of not only great lead and supporting actors, but a FANTASTIC and most talented ensemble, which bring EVERY SINGLE secene alive. kudos, team!

i must say that the one guy who deserves top kudos is our man MUSLY RAMLEE! he just floored everyone with a powerful and life-like portrayal of the legend himself - respect, brother! you made me cry, laugh, grieve for P Ramlee, and you have all my respect for doing what you did in only 6 weeks! i had to keep pinching myself to remind myself that i was only e=watching musly and not p.Ramlee himself, onstage - he was THAT convincing.

liza hanim is the other actor who deserves a big round of applause again and again.. how can anyone be so flawless in their performance, night after night, i keep asking myself. she was so delightful as saloma, i could tell all the men in the audience had their tongues hanging out, practically, whenever she came on stage. well done liza..

the singapore audience deserve a round of applause themselves for their support, thanks guys for always being there for me. next round, PGL again, maybe, ha ha...

here are some of the scenes that you should be looking out for when we ROCK THE HELL OUT OF ISTANA BUDAYA come may 28th... see you there!!!